KUALA LUMPUR: Semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin, ahli politik dan rakyat perlu menjunjung titah dan peringatan Yang Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menjauhi perasaan hasad dengki, amalan fitnah-memfitnah dan pemikiran sempit.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata titah Seri Paduka merupakan peringatan jelas kepada semua pihak agar menghentikan amalan tidak sihat itu sehingga ada yang sanggup menyentuh isu sensitif iaitu perkara 3R (raja, agama dan bangsa).
"Kita semua sebagai rakyat perlu mengutamakan perpaduan dan memperkukuhkan persaudaraan dalam apa jua keadaan selain bersatu untuk menjadi negara yang lebih baik.
"Seperti seruan kerajaan selama ini, kita perlu elakkan amalan menfitnah dan menyentuh perkara 3R serta patuh pada undang-undang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Katanya mengambil iktibar dan menghayati peristiwa Hijrah, masyarakat perlu mengamalkan budaya yang lebih baik dan meninggalkan amalan negatif.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah semasa bertitah di majlis berkenaan mengingatkan rakyat supaya menjauhi perasaan hasad dengki dan amalan fitnah-memfitnah.
Seri Paduka turut meminta rakyat supaya bersatu hati dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmoni selain menjelmakan semangat serta roh peristiwa Hijrah dalam bentuk kesatuan dan perpaduan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, serta adat resam.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata nasihat oleh Yang di-Pertuan Agong itu bukan sahaja perlu diambil perhatian oleh ahli politik, malah perlu difahami ahli pendakwah agama.
"Apabila Seri Paduka menyentuh soal masyarakat yang lembut dalam berbicara dan halus dalam berpesan... bermakna Tuanku (Al-Sultan Abdullah) memerhati apa yang berlaku dalam masyarakat.
"Kadang-kadang kita sedih ada segelintir pendakwah agama memaki hamun dan menggunakan kata-kata kurang manis dalam berdakwah...ini soal adab dan akhlak yang digariskan Islam," katanya.
Justeru itu katanya, dalam usaha membina masyarakat MADANI, elemen adab dan akhlak yang baik perlu diamalkan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara 'baldatun toyyibah warabbun ghafur' (negara yang aman dan makmur)
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang turut senada dengan Mohd Na'im berkata titah Al-Sultan Abdullah dalam isu itu perlu dihormati dan diamalkan lebih-lebih bagi individu di pentas politik yang sering bertikam lidah hingga mengeluarkan ungkapan yang negatif.
Katanya, setiap kata-kata yang negatif digunakan ahli politik akan menimbulkan perasaan tidak selesa dalam khalayak umum dan boleh mencetuskan suasana tidak baik dalam masyarakat.
Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Majlis turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta kira-kira 6,000 tetamu.
Pada majlis berkenaan, bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Datuk Dr Abdul Monir Yaacob dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan manakala Mufti Besar India Al-Allamah Sheikh Abubakr Ahmad pula dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Fahmi Fadzil ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu. -Foto Bernama
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Waktu bekerja penjawat awam Pahang setiap Jumaat hingga 12.30 tengah hari sepanjang Ramadan
Baginda bertitah penetapan waktu bekerja itu susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Feb lepas.

'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.

'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.

Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.

Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.

'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.

Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.

Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.

Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.

Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.