KUALA LUMPUR: Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari ini, disifatkan sarat dengan peringatan dan nasihat untuk Ahli-ahli Parlimen.
Titah berkenaan juga disifatkan mencerminan harapan Seri Paduka Baginda yang mahu melihat kestabilan politik di negara ini, demi memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih baik selain peri pentingnya dalam meningkatkan soal perpaduan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata titah Yang di-Pertuan Agong secara tidak langsung memberi ingatan kepada semua Ahli Dewan Rakyat, supaya tidak menganggu-gugat pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Penting bagi Ahli Parlimen memahami bahawa tempoh yang menentukan mandat itu ialah semasa pilihan raya. Tempoh sekarang ialah (untuk kita) mengurus tadbir negara, maka tumpukan perhatian kepada rakyat dan bantu turunkan suhu politik dengan mengiktiraf kerajaan yang ada (ketika ini)," katanya ketika ditemui selepas istiadat itu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata Seri Paduka Baginda dengan jelas menekankan kepentingan menjaga kebajikan rakyat, dan kerajaan perlu memberikan keutamaan dalam semua aspek pembangunan negara demi kemakmuran negara.
"Secara peribadi, saya menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda dan ia amat baik, tentunya menjadi tanggungjawab saya sendiri sebagai wakil rakyat untuk menterjemahkannya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab," katanya yang juga Ahli Parlimen Lenggong.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke pula melihat titah sulung berkenaan, sebagai satu mesej jelas bahawa Seri Paduka Baginda mahu melihat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dipertingkat, untuk memastikan rakyat dapat hidup kekal harmoni.
"Ini merupakan pandangan yang amat bernas dan seruan yang amat tepat, kerana memang kita tahu dalam masyarakat berbilang kaum, yang penting ialah keharmonian antara masyarakat perlu terus dipelihara," katanya.
Loke berkata peringatan Sultan Ibrahim mengenai peri pentingnya kestabilan politik juga merupakan satu manifestasi, agar pembangunan negara dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dapat dicapai, sekali gus membantu mengembalikan keyakinan negara luar.
Turut senada, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kemaman, yang melihat titah Seri Paduka Baginda merangkumi perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua Ahli Parlimen, agar dapat memacu negara ke arah yang lebih baik baik sama ada dalam soal politik, ekonomi mahupun perpaduan.
"Perkara-perkara ini perlu menjadi perhatian semua pihak untuk sama kita bergerak membina negara ini, semua pihak sama harus berkerjasama dan kurangkan berpolitik," katanya.
Terdahulu Yang di-Pertuan Agong menzahirkan peringatan, nasihat dan pandangan dalam pelbagai topik, antaranya melibatkan tingkah laku Ahli Dewan Negara Dewan Rakyat dalam persidangan, keperluan merangka dasar kukuh perpaduan negara, isu karenah birokrasi, hutang negara dan kestabilan politik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Saifuddin Nasution berkata titah Yang di-Pertuan Agong secara tidak langsung memberi ingatan kepada semua Ahli Dewan Rakyat, supaya tidak menganggu-gugat pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan tegas tangani jenayah dalam talian menerusi penguatkuasaan pindaan Akta 588 - Fahmi
Aktiviti jenayah dalam talian dan penipuan mampu dibendung menerusi penguatkuasaan Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588).
IShowSpeed 'bersara awal' daripada WWE
Pempengaruh terkenal YouTube, IShowSpeed, berkongsikan rasa kesalnya dan dia turut menjelaskan untuk tidak akan menyertai pentas WWE lagi pada masa akan datang.
Anwar, Thaksin bincang bawa asean maju ke depan
Perbincangan turut menyentuh mengenai hubugan baik dengan negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat dan China, di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia.
Jerebu teruk jejas operasi Lapangan Terbang Don Mueang, Thailand
Laman sesawang Kualiti Udara Bangkok yang dikendalikan oleh Pentadbiran Metropolitan Bangkok, melaporkan pada pagi semalam bahawa jerebu di beberapa kawasan di Bangkok direkodkan pada tahap PM2.5.
ACCCIM gesa kerajaan sedia skim kredit eksport, turun duti import
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa kerajaan untuk menyediakan skim kredit eksport dan menurunkan duti import.
Program Makanan Sedunia: Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar
Dengan kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke utara Gaza, WFP sedang berusaha untuk menambah lebih banyak pusat pengagihan.
Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
30 pegawai imigresen di lapangan terbang Jakarta dipecat
30 pegawai imigresen telah dipecat susulan dakwaan pemerasan yang mensasarkan pelawat dari China di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.
Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.
Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.
'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.
Ekonomi negara membanggakan, harap Kerajaan terus pertingkatkan - Agong
Kerajaan perlu pastikan prestasi baik ini bawa nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat, bukan beri keuntungan kepada kumpulan tertentu sahaja
Bahas kepentingan rakyat dan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah - Agong
Baginda bertitah, Parlimen adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat undang-undang digubal, medan semak dan imbang pentadbiran
Sultan Ibrahim berangkat rasmikan istiadat pembukaan Parlimen
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan.
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah diraja Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkunjung ke Malaysia minggu depan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.