Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail melibatkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara antara lima dan lapan tahun serta empat sebatan terhadap Shamsubahrin Ismail, 49, bagi lima pertuduhan menipu manakala penjara antara enam bulan dan lima tahun bagi 17 pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA).
Dengan itu, Shamsubahrin hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun selepas mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula hari ini.
Rozilah juga memerintahkan tertuduh membayar penalti RM611,895.94 bagi kesalahan di bawah AMLATFA iaitu sejumlah harta yang dilesapkannya.
Katanya, penalti itu yang berkuat kuasa hari ini perlu dijelaskan dalam tempoh tiga bulan dan jika gagal bayar tertuduh perlu menjalani hukuman penjara empat tahun.
Bagaimanapun Rozilah membenarkan permohonan peguam Hasnal Rezua Merican untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan wang jaminan daripada RM300,000 kepada RM350,000 dengan seorang penjamin.
Dalam prosiding hari ini, Shamsubahrin yang berjubah putih, ditemani isteri dan anggota keluarga, kelihatan tenang sebaik hukuman terhadapnya dijatuhkan.
Rozilah dalam penghakimannya, berkata mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh pada akhir kes pembelaan.
Beliau berkata mahkamah sependapat dengan pihak pendakwaan bahawa hujahan pembelaan hanya mengenai kesan terhadap pindaan pertuduhan dan tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
"Hujahan pembelaan hanya membangkitkan isu pindaan dan tidak menyentuh mengenai pengakuan tertuduh yang mereka-reka cerita tentang khidmat pesanan ringkas (SMS) sehingga mendorong mangsa menyerahkan empat keping cek," katanya.
Bagi pertuduhan mengikut AMLATFA pula, Rozilah berkata tertuduh tidak mencabar keterangan yang beliau mendeposit, mengeluarkan, memindah wang seperti pertuduhan.
"Saya percaya ia transaksi hasil daripada penipuan. Mahkamah tidak terima penjelasan tertuduh. Ia berjaya dibuktikan melampaui keraguan munasabah," katanya.
Rozilah turut berkata tertuduh sengaja mengambil kesempatan terhadap keadaan Mohamad Salleh (saksi pendakwaan ke-42) yang ketika itu diserang melalui laporan media dan parti pembangkang berhubung isu pengurusan NFCorp.
Terdahulu ketika rayuan meringankan hukuman, peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin memaklumkan anak guamnya seorang yang inovatif dan telah memberi sumbangan kepada masyarakat antaranya meningkatkan kualti perkhidmatan teksi di Suria KLCC.
Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi) Jabatan Peguam Negara Datuk Abdul Razak Musa berkata kesalahan tertuduh adalah serius membabitkan jumlah wang yang besar dan memohon hukuman maksimum dikenakan terhadap tertuduh.
Pada 30 Dis 2011, Shamsubahrin didakwa terhadap lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan RM1.75 juta dan pada 18 Jun 2012 dia didakwa terhadap 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram.
Dia didakwa menipu iaitu menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat dengan menyatakan dia disuruh oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad untuk membantu Mohamad Salleh dan menawarkan untuk menjalankan kerja-kerja konsultan bernilai RM2.75 juta sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.
Bernama
Mon May 18 2015
Tipu NFCorp: Shamsubahrin dipenjara lapan tahun, empat sebatan. -Gambar fail
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Kerajaan dan NFCorp tidak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
Perkara itu disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan yang mewakili kerajaan.
NFCorp: 12 tahun difitnah, akhirnya kebenaran ditegakkan - Mohamad Salleh
Mohamad Salleh bersyukur selepas mahkamah melepas dan membebaskan beliau dan tiga anaknya daripada semua pertuduhan berhubung projek Pusat Fidlot Kebangsaan.
Kes NFCorp: Mahkamah Tinggi lepas dan bebas Mohamad Salleh, tiga anak
Hakim memutuskan NFCorp perlu mengembalikan sejumlah pinjaman yang tidak digunakan sebanyak RM33 juta kepada Kerajaan.
Mahkamah Rayuan tangguhkan keputusan rayuan saman NFCorp terhadap Public Bank
Penangguhan dibuat selepas peguam yang mewakili NFCorp, Mohamad Salleh dan tiga anak syarikat serta bank itu mengakhiri hujahan.
NFCorp dibenar penangguhan terakhir bagi rayuan, diperintah bayar kos RM5,000
Penangguhan prosiding rayuan ekoran peguam utama Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili NFCorp dan empat yang lain, tidak sihat.
Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya dalam saman fitnah yang difailkan terhadap Rafizi Ramli.
Audit gagal buktikan NFC beli hartanah guna pinjaman
Firma dilantik kerajaan, PwC gagal dalam membuktikan sumber dana firma ternakan lembu itu untuk pembelian hartanah adalah dari sumber wang pinjaman kerajaan.
Mahkamah Persekutuan putus Nurul Izzah, PKR tidak fitnah NFCorp
Mahkamah turut mengarahkan NFCorp dan Mohamad Salleh membayar kos sebanyak RM50,000.
Langsai hutang NFCorp bantu selesai beban kewangan negara - Penganalisis
Penyelesaian baki hutang keseluruhan National Feedlot Corporation (NFC) usaha memulihkan dan membaiki semula situasi serta beban ekonomi negara hari ini.
NFCorp, Mohamad Salleh gagal dalam saman terhadap Public Bank
Hakim Su dalam penghakimannya berkata kesemua plaintif gagal membuktikan kes itu terhadap defendan (Public Bank) berdasarkan imbangan kebarangkalian.