PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan empat lagi berhubung saman sivil mereka terhadap Public Bank Bhd kerana melanggar kontrak untuk melindungi kerahsiaan akaun bank mereka.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk P Ravinthran dan Datuk S Nantha Balan menangguhkan keputusan mereka ke satu tarikh selepas peguam yang mewakili NFCorp, Pengerusi Eksekutifnya Datuk Mohamad Salleh Ismail dan tiga anak syarikat serta bank itu mengakhiri hujahan mereka.
"Pihak-pihak akan dimaklumkan tarikh (keputusan)," kata Azizah kepada Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah yang mewakili NFCorp, Mohamad Salleh dan anak-anak syarikat serta peguam bank Yoong Sin Min dalam prosiding mahkamah yang berlangsung secara dalam talian.
Pada 29 Julai 2019, Mahkamah Tinggi menolak saman yang difailkan NFCorp, Mohamad Salleh dan tiga lagi anak syarikatnya iaitu National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd and Real Food Company Sdn Bhd terhadap bank itu.
Mereka kemudian memfailkan satu rayuan ke Mahkamah Rayuan yang didengar semalam.
Pada Mei 22, 2012, NFCorp, Mohamad Salleh dan tiga anak syarikat itu memfailkan saman terhadap Public Bank kerana melanggar kontrak untuk melindungi kerahsiaan akaun bank mereka.
Mereka mendakwa reputasi dan kebolehpercayaan perniagaan mereka terjejas berikutan pelanggaran Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) oleh bank itu.
Dalam prosiding semalam Muhammad Shafee berhujah bahawa bank itu sepatutnya dipertanggungjawabkan kerana membocorkan maklumat anak guamnya kepada pihak ketiga.
Beliau berkata siasatan dalaman bank itu mendapati seorang bekas keraninya yang bertugas di jabatan kredit di salah sebuah cawangannya, bersalah kerana mengakses maklumat akaun pelanggannya tanpa kebenaran.
Peguam itu berkata penyata bank itu digunakan sebagai satu alat untuk memusnahkan Mohamad Salleh, sambil menambah kesannya anak guam beliau menderita berikutan kebocoran maklumat itu dan dipandang sebagai tidak mampu lagi mempertahankan perniagaannya.
Bagaimanapun, Yoong berhujah bawa tidak berlaku pelanggaran kontrak oleh pihak bank kerana tiada bukti bekas kerani bank itu telah menyebarkan maklumat atau menyebabkan maklumat itu disebarkan.
Beliau berkata dokumen yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli (kini Menteri Ekonomi) pada masa itu bukannya dokumen yang dicetak oleh bekas keraninya.
Katanya bank itu meletakkan kerahsiaan perbankan sebagai keutamaan tertinggi dan telah menyediakan sistem dan prosedur untuk memastikan kerahsiaan perbankan dan dalam semua kejadian tindakan telah diambil secara jujur dan serta merta.
Yoong juga berkata NFCorp, Mohamad Salleh dan tiga lagi anak syarikat bergantung kepada prosiding siasatan dalaman yang tidak berkaitan langsung dengan mereka, sambil menambah dapatan daripada sesebuah tribunal swasta tidak mengikat di mahkamah dan mahkamah perlu melakukan pencarian sendiri berdasarkan fakta kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023

Pada Mei 22, 2012, NFCorp, Mohamad Salleh (gambar) dan tiga anak syarikat memfailkan saman terhadap Public Bank kerana melanggar kontrak untuk melindungi kerahsiaan akaun bank mereka. - Gambar fail BERNAMA

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Kerajaan dan NFCorp tidak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
Perkara itu disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan yang mewakili kerajaan.

NFCorp: 12 tahun difitnah, akhirnya kebenaran ditegakkan - Mohamad Salleh
Mohamad Salleh bersyukur selepas mahkamah melepas dan membebaskan beliau dan tiga anaknya daripada semua pertuduhan berhubung projek Pusat Fidlot Kebangsaan.

Kes NFCorp: Mahkamah Tinggi lepas dan bebas Mohamad Salleh, tiga anak
Hakim memutuskan NFCorp perlu mengembalikan sejumlah pinjaman yang tidak digunakan sebanyak RM33 juta kepada Kerajaan.

Mahkamah Rayuan tangguhkan keputusan rayuan saman NFCorp terhadap Public Bank
Penangguhan dibuat selepas peguam yang mewakili NFCorp, Mohamad Salleh dan tiga anak syarikat serta bank itu mengakhiri hujahan.

NFCorp dibenar penangguhan terakhir bagi rayuan, diperintah bayar kos RM5,000
Penangguhan prosiding rayuan ekoran peguam utama Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili NFCorp dan empat yang lain, tidak sihat.

Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya dalam saman fitnah yang difailkan terhadap Rafizi Ramli.

Audit gagal buktikan NFC beli hartanah guna pinjaman
Firma dilantik kerajaan, PwC gagal dalam membuktikan sumber dana firma ternakan lembu itu untuk pembelian hartanah adalah dari sumber wang pinjaman kerajaan.

Mahkamah Persekutuan putus Nurul Izzah, PKR tidak fitnah NFCorp
Mahkamah turut mengarahkan NFCorp dan Mohamad Salleh membayar kos sebanyak RM50,000.

Langsai hutang NFCorp bantu selesai beban kewangan negara - Penganalisis
Penyelesaian baki hutang keseluruhan National Feedlot Corporation (NFC) usaha memulihkan dan membaiki semula situasi serta beban ekonomi negara hari ini.

NFCorp, Mohamad Salleh gagal dalam saman terhadap Public Bank
Hakim Su dalam penghakimannya berkata kesemua plaintif gagal membuktikan kes itu terhadap defendan (Public Bank) berdasarkan imbangan kebarangkalian.