Mahkamah Majistret di sini memerintahkan remaja perempuan berusia 14 tahun, yang mereka cerita kononnya dia diculik pada Disember lepas, dihantar ke Sekolah Tunas Bakti bagi menjalani pemulihan selama tiga tahun berkuat kuasa hari ini.
Majistret Nor Asma Ahmad mengeluarkan perintah itu mengikut Seksyen 91 (b) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas remaja itu mengaku bersalah ketika pertama kali dihadapkan di mahkamah itu pada 6 Jan lepas.
Prosiding mahkamah itu sebagai Mahkamah Juvana dijalankan secara tertutup.
Timbalan Pendakwa Raya Syed Farid Syed Ali memberitahu pemberita kemudian bahawa mahkamah turut mengenakan bon tanpa cagaran terhadap ibu bapa remaja perempuan itu mengikut Seksyen 93 (1)(d) Akta sama, yang memerlukan mereka melawat anak mereka sebulan sekali.
BACA: Remaja perempuan reka cerita diculik mengaku bersalah
BACA: Rakaman panggilan telefon gadis diculik jadi viral, PDRM mulakan siasatan
BACA: Reka cerita 'diculik' kerana mahu bersama teman lelaki
"Sekiranya mereka melanggar syarat, ibu bapa remaja perempuan itu boleh didakwa," katanya sambil menambah lokasi Sekolah Tunas Bakti akan ditentukan kemudian.
Syed Farid berkata perintah bon itu dikeluarkan selepas majistret mendapati ibu bapa remaja perempuan itu gagal memberi perhatian kepadanya.
Semasa merayu mengurangkan hukuman, peguam Nur Aida Md Zainuddin yang mewakili remaja itu, berkata anak guamnya tidak berniat untuk menimbulkan kekecohon sebaliknya hanya mahu mendapatkan perhatian ibu bapanya.
Beliau juga memberitahu remaja itu telah insaf dan mahu membaiki kesilapannya.
Perbuatan remaja itu mereka cerita diculik dilakukan di Bandar Sultan Suleiman di sini pada 9.12 pagi 29 Dis lepas.
Dua hari kemudian, remaja itu dijumpai polis di dalam sebuah kereta bersama-sama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya di hadapan sebuah stesen minyak di Banting dekat sini kira-kira 7.45 malam.
Pemuda berumur 19 tahun itu dihadapkan di mahkamah pada hari sama atas tuduhan melarikan remaja bawah umur.
Lelaki itu mengaku tidak bersalah ketika didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 25 Feb depan untuk sebutan semula kes pemuda itu.
Sementara itu, di mahkamah sama hari ini, Majistret Nor Asma memerintahkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, yang mengaku merogol remaja perempuan itu dua tahun lepas, dihantar ke Sekolah Henry Gurney bagi menjalani pemulihan selama tiga tahun.
Syed Farid memberitahu pemberita bahawa ibu bapa remaja lelaki itu turut dikenakan bon tanpa cagaran yang memerlukan kedua-duanya melawat anak mereka sebulan sekali.
Remaja lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di Bandar Sultan Suleiman kira-kira 12 tengah hari pada Disember 2014.
Ketika kejadian, remaja perempuan itu berumur 13 tahun enam bulan.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan juga boleh dikenakan dendam jika sabit kesalahan.
Bernama
Thu Jan 14 2016
![Tipu diculik: Remaja perempuan diperintah ke sekolah Tunas Bakti Tipu diculik: Remaja perempuan diperintah ke sekolah Tunas Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452766505_CulikPalsu.jpg)
Mahkamah Majistret Klang memerintahkan seorang remaja 16 tahun (kanan) ditempatkan di Sekolah Henry Gurney, Melaka selama tiga tahun bermula Khamis setelah dia mengaku bersalah merogol remaja perempuan yang membuat laporan palsu. - Foto Bernama
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
![Bekas penghuni Sekolah Henry Gurney kongsi pengalaman di media sosial Bekas penghuni Sekolah Henry Gurney kongsi pengalaman di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627185629_Bekaspenghuni.jpg)
Bekas penghuni Sekolah Henry Gurney kongsi pengalaman di media sosial
Pada awalnya, bapa kepada seorang anak perempuan ini mengakui tidak yakin akan tindakannya itu kerana ia ibarat membuka aib sendiri.
![Tipu diculik: Remaja perempuan diperintah ke sekolah Tunas Bakti Tipu diculik: Remaja perempuan diperintah ke sekolah Tunas Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452766505_CulikPalsu.jpg)
Tipu diculik: Remaja perempuan diperintah ke sekolah Tunas Bakti
Mahkamah Majistret memerintahkan remaja perempuan berusia 14 tahun, yang mereka cerita kononnya dia diculik pada Disember lepas, dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.