KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing mencabar pihak yang menyebarkan fitnah menerusi aplikasi WhatsApp yang menuduh beliau meminum arak dan memakan daging babi di pejabat, untuk tampil dan bersemuka dengannya.
Menerusi kenyataan di Facebook, Tiong berkata beliau tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan fitnah seperti itu tidak berlanjutan dan berulang pada masa depan.
"Tuduhan yang tidak berasas seperti ini mesti dikutuk sekeras-kerasnya. Saya selalu menghormati semua kumpulan etnik dan agama yang ada di Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.
"Apa yang jelas, mereka yang sengaja memburukkan nama saya berhubung perkara ini dilihat cuba mencetuskan ketegangan kaum," katanya.
Dalam kenyataan itu, beliau turut meminta pihak yang membuat tuduhan tersebut agar mendedahkan identiti mereka, jika perkara itu benar dan mengingatkan setiap pihak agar tidak mewujudkan konflik perkauman serta kebencian demi kepentingan peribadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024

Tiong berkata beliau tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan fitnah seperti itu tidak berlanjutan dan berulang pada masa depan.- Gambar fail/Bernama
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

Ancaman bom: Polis rekod keterangan menteri, saksi
Polis telah merekodkan keterangan beberapa individu termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bagi membantu siasatan insiden ancaman bom baru-baru ini.

Tiong nafi minum arak, makan daging babi di pejabat
Tiong cabar pihak yang yang menuduh beliau meminum arak dan memakan daging babi di pejabat, untuk tampil dan bersemuka dengannya.

Shaik Rizal dilantik Pengerusi Balai Seni Negara
Pelantikan Shaik Rizal dijangka membawa inovasi baharu kepada Balai Seni Negara, dalam usaha memperkasakan lagi industri kesenian visual tanah air.

Johor terima peruntukan tambahan RM2 juta naik taraf zoo
Peruntukan tambahan RM2 juta disalurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor.

Nama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kekal - Tiong
Menteri beri jaminan bidang kesenian dan kebudayaan akan dimartabatkan serta dibela sebaiknya.

Individu lengkap vaksinasi COVID-19 boleh lakukan aktiviti pelancongan - Nancy
Kebenaran rentas negeri bagi aktiviti pelancongan juga tertakluk kepada individu yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Gelembung pelancongan Langkawi: 38,748 ketibaan pelancong direkodkan - Nancy
Projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah, mencapai kejayaan membanggakan selepas merekodkan ketibaan 38,748 pelancong dan menjana pendapatan lebih RM15 juta sejak dibuka pada 16 Se

Langkawi akan dijadikan penanda aras gelembung pelancongan - Nancy
Inisiatif gelembung pelancongan di Langkawi yang akan bermula 16 Sept ini bakal dijadikan penanda aras dalam usaha memperluaskan inisiatif berkenaan.

"Saya janji akan lakukan yang terbaik" - Nancy
Nancy Shukri berikrar akan melakukan yang terbaik bagi mendepani cabaran membantu sektor pelancongan dan kebudayaan.

Penglibatan WTCKL dalam Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia dihargai
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri melancarkan Pelancaran Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021 2030 pada Khamis.