LEMANG periuk kera cukup popular pada musim perayaan kali ini dan ia merisaukan pemelihara alam sekitar.

Kebimbangan utama yang diutarakan adalah integrasi periuk kera dengan alam sekeliling. Dipercayai jika jumlah periuk kera berkurangan, ia memberi kesan berantai yang akan memudaratkan bukan saja tumbuhan ini sendiri, malah pelbagai spesies lain.

Tinjauan Astro AWANI melalui Facebook mendapati 71 peratus daripada 10,000 pembaca tidak bersetuju dan enggan mencuba sajian berasaskan periuk kera pada musim perayaan ini.



Manakala, di akaun Twitter rasmi Astro AWANI pula menunjukkan sebanyak 87 peratus daripada 4,000 pembaca juga enggan mencuba sajian yang dimasak di dalam kelongsong periuk kera.


Dr Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar, Penyelidik Di Pusat Penyelidikan Penggunaan Mapan Sumber Semulajadi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membidas dakwaan sesetengah peniaga lemang periuk kera yang berkata mereka hanya mengutip satu spesis tumbuhan itu yang tidak terancam.

BACA : 'Kelongsong kecil, macam mana tupai berak dalam tu?' - Peniaga dakwa periuk kera selamat



Beliau juga memberi amaran sekiranya kita mula membiasakan diri mengambil spesis flora dan fauna yang unik untuk dijadikan makanan, ia berupaya membawa kepada kemusnahan alam sekitar.



BACA : Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

BACA : Hentikan jualan lemang periuk kera - Maya Karin

BACA : Lemang periuk kera dapat sambutan di sebalik cerita 'tandas haiwan'

Berikut adalah info berkenaan lemang periuk kera:
.