Faktor paling penting dalam usaha memerangi rasuah ialah meningkatkan keupayaan dan kebolehan, bukan sahaja dalam kalangan pegawai agensi pencegahan rasuah, tetapi juga dari organisasi awam dan swasta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohamad Jamidan Abdullah berkata memerangi rasuah kini menjadi semakin penting bagi semua pihak kerana kemenangan dalam perjuangan ini akan menjamin kelangsungan hidup sesebuah negara berdaulat.
"Sistem yang korup akan membawa kepada keputusan yang korup juga dan seterusnya membawa kepada berlakunya bencana ekonomi, pengaliran keluar modal secara besar-besaran serta kegagalan besar dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan.
"Pelabur antarabangsa tidak akan sekali-kali memandang remeh tentang rasuah atau menerima rasuah sebagai sebahagian daripada kos untuk menjalankan perniagaan," katanya.
Mohamad Jamidan berkata demikian pada majlis penutupan program tiga hala Malaysia-Jepun bagi Palestin, latihan pencegahan rasuah bagi perwakilan Palestin mengenai siasatan kewangan dan pencegahan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini pada Jumaat.
Hadir sama Pengarah MACA, Datuk Abdul Wahab Abdul Aziz dan Duta Besar Palestin di Malaysia. Datuk Dr Anwar Al Agha.
Program anjuran bersama MACA dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) ini diadakan dari 29 Feb hingga 11 Mac.
Mohamad Jamidan berkata Malaysia tidak pernah lari daripada tanggungjawab antarabangsanya dalam peperangan global terhadap rasuah dan penubuhan MACA bukan semata-mata untuk memberi latihan secara dalaman kepada agensi pencegahan rasuah dan agensi kerajaan lain, tetapi juga untuk memainkan peranan lebih aktif di peringkat global bagi membina keupayan dan kebolehan dalam bidang pencegahan rasuah.
"Visi kami ialah menjadikan MACA sebuah pusat pembelajaran dan penyelidikan mengenai pencegahan rasuah terkemuka bagi membasmi rasuah di rantau Asia Pasifik.
"Melalui MACA, kami berharap dapat melahirkan pegawai pencegahan rasuah yang yang cukup terlatih serta melengkapkan diri mereka dengan sikap yang betul, kemahiran dan pengetahuan," katanya.
Beliau berkata akademi itu juga berharap dapat memberi latihan kepada para pegawai pencegahan rasuah sebagai sebahagian daripada sumbangannya kepada inisiatif pencegahan rasuah antarabangsa lain.
Bernama
Sat Mar 12 2016

MOHAMAD JAMIDAN: Pelabur antarabangsa tidak akan sekali-kali memandang remeh tentang rasuah atau menerima rasuah sebagai sebahagian daripada kos untuk menjalankan perniagaan. -Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Tingkatkan keupayaan, kebolehan untuk perangi rasuah - SPRM
Faktor paling penting dalam usaha memerangi rasuah ialah meningkatkan keupayaan dan kebolehan, bukan sahaja dalam kalangan pegawai agensi pencegahan rasuah, dari organisasi awam dan swasta.