KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta meningkatkan jumlah mediator komuniti terlatih di negara ini bagi membantu meredakan perselisihan yang biasa berlaku dalam kalangan masyarakat seperti masalah kejiranan.
Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara Tan Sri Lee Lam Thye berkata ini kerana tugas mediator komuniti yang mempunyai kepakaran dalam menyelesaikan konflik dianggap semakin penting ketika ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang boleh mencetuskan perbalahan antara kaum.
"Sehingga hari ini, terdapat dalam 564 mediator komuniti yang terdiri daripada 163 pegawai perpaduan dan 379 ahli jawatankuasa komuniti Rukun Tetangga, yang pada hemat saya tidak mencukupi. Justeru usaha untuk menambah jumlah mediator komuniti ini perlu diambil perhatian.
"Jadi saya harap Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dapat berikan perhatian dan memperkukuhkan teknik mediasi yang lebih terlatih dalam menyelesaikan isu kecil dalam komuniti agar tidak menjadi isu besar hingga ditunggangi dan dieksploitasi ahli politik sebagai cara mencipta publisitif," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) KPN, mediator komuniti ialah individu yang berperanan membantu pihak yang bertelingkah untuk bekerjasama bagi mencari jalan penyelesaian secara damai dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak terlibat.
Selain itu Lee turut mencadangkan kerajaan memberi peruntukan lebih kepada ejen perpaduan termasuk mediator komuniti dalam mempergiat dan membanyakkan program yang memberi manfaat kepada masyarakat.
"Program-program latihan yang banyak perlu diberikan kepada mediator komuniti terlatih yang akan membantu ejen-ejen ini dalam menyelesaikan pelbagai masalah kecil yang tidak akan menjadi besar jika ditangani di peringkat awal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024

Lee Lam Thye berkata ini kerana tugas mediator komuniti yang mempunyai kepakaran dalam menyelesaikan konflik dianggap semakin penting ketika ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang boleh mencetuskan perbalahan antara kaum. -Gambar fail/Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.

Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.

Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.

Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.

Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.

Buli: Tindakan segera perlu, lindungi kesejahteraan pelajar - Lee
Ikatan Komuniti Selamat menggesa pendekatan tanpa toleransi terhadap buli dan tindakan segera perlu dilaksanakan bagi menangani isu berkenaan.

Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat lindungi kesihatan awam - Lee
Hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka yang melanggar piawaian keselamatan makanan sebagai usaha mengukuhkan aspek berkenaan.

Lee Lam Thye terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah OUM
Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) pada majlis konvokesyen ke-38 di sini hari ini.