Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan enggan mencampuri urusan pihak berkuasa berhubung tindakan terhadap bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Rashid.
Sebaliknya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memaklumkan beliau kini mahu menumpukan kepada tugas yang dipertanggungjawabkan, terutama sekali dalam membantu mempersiapkan negara sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
"Saya tidak boleh campur urusan pihak berkuasa, saya di sini hanya untuk meluahkan rasa syukur atas pengumuman Peguam Negara kerana saya yakin akhirnya kebenaran akan muncul.
"Kontroversi video intim itu merupakan satu percaturan politik yang kejam, namun saya yakin dengan proses yang dijalankan.
"Kini saya boleh menumpukan kepada perancangan tahun 2020. Malaysia akan jadi tuan rumah APEC pada hujung tahun nanti, jadi semua pihak sedang bertungkus lumus membuat persiapan terbaik, " kata Azmin yang ditemui media selepas Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves, pada Sabtu.
Majlis turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menyertai Azmin dan kira-kira 300 penduduk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.
Azmin dilihat mengesat air matanya selepas jemaah selesai solat Maghrib, ketika Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Muhammad Farhan Wijaya berucap dan menyatakan timbalan presiden PKR itu sebagai mangsa fitnah.
Terdahulu, Jabatan Peguam Negara berkata, tidak akan membuat apa-apa pertuduhan pada mana-mana pihak berhubung video intim yang dipercayai yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet seperti yang tular beberapa bulan lalu.
Madiha Abdullah
Sat Jan 11 2020
Azmin bersalaman dengan jemaah ketika tiba di Masjid Jamek Al Aminah, Batu Caves untuk menunaikan solat Maghrib seterusnya menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat. - Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Taman Sri Muda diserbu, 602 pendatang asing ditahan
Sebanyak 602 pendatang tanpa izin ditahan hasil pemeriksaan terhadap 1,091 warga asing dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pusat Perniagaan Taman Sri Muda, Seksyen 25
Premis GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas - Amirudin
Amirudin akan mengumumkan jumlah keseluruhan premis ditutup termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISB di negeri itu pada Rabu.
PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?
Peralihan monsun: Selangor mulakan persediaan hadapi banjir - Amirudin
Amirudin berkata semua PPS yang telah didaftarkan bagi menempatkan mangsa banjir pada 2021 juga akan diaktifkan semula sekiranya banjir berlaku.
Sultan Selangor titah percepat proses tindakan terhadap GISB
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISB) dipercepatkan.
Belanjawan Selangor 2025 dibentang pertengahan November - MB
Belanjawan Selangor 2025 yang sepatutnya dibentangkan pada 8 November diubah kepada pertengahan November depan.
Tebing sungai runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan siasatan diterima
Amirudin berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim telah ke lokasi berkenaan semalam bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian akibat kejadian itu.
Selangor lancar 'Ehsan Mart', tawar harga lebih murah
Pembukaan pasar raya itu kesinambungan daripada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) anjuran PKPS sejak Ogos 2022 supaya rakyat mempunyai akses kepada barangan keperluan asas pada harga berpatutan.
MB Selangor, Kedah bakal 'berentap' petang ini
Difahamkan, ia merupakan pertembungan yang julung kali diadakan buat kedua-dua figura hebat itu dalam usaha merapatkan ukhuwah.
Kompleks Islam Wira Damai bakal beri manfaat 10,000 penduduk
Amirudin berkata, projek di bawah kerajaan negeri menerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) itu didirikan di atas tanah seluas 4.249 hektar dan dijangka siap awal tahun 2027.