Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu termasuk anggota polis yang terlibat menyebarkan maklumat mengenai kehadiran pengebom berani mati dari kumpulan Abu Sayyaf di sekitar negeri dan bandar raya ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihak polis memandang serius perkara itu dan tidak akan berkompromi berikutan maklumat itu menjadi viral di laman sosial, sehingga menimbulkan kebimbangan orang awam terhadap keselamatan negara.
Jalaluddin tidak menolak kemungkinan terdapat pihak atau individu tidak bertanggungjawab yang sengaja membuat andaian dan propaganda bagi menimbulkan panik dan kegusaran rakyat negeri ini.
"Saya minta kepada semua masyarakat (Sabah) jangan panik, jangan terpedaya dan jangan menokok tambah apa-apa maklumat tidak betul itu kepada semua pihak.
"Polis telah membuat laporan polis mengenai perkara itu dan kita juga sudah mengenal pasti siapa dalang tidak bertanggungjawab itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Deepavali warga polis Sabah di sini, pada Sabtu.
Jalaluddin berkata demikian bagi mengulas maklumat tersebar yang mendakwa kumpulan Abu Sayyaf menempatkan lapan pengebom mati di beberapa lokasi penting di Sabah khususnya sekitar bandar raya ini.
Beliau berkata Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menerima pelbagai maklumat, tidak kira dari dalam mahupun luar negara, termasuk negara jiran, dan maklumat itu akan ditapis bagi memastikan kesahihannya.
"Tambahan pula dalam isu sekarang ini, Sabah ada sedikit ancaman daripada negara jiran yang melakukan jenayah rentas sempadan," katanya.
Jalaluddin yang tidak mengatakan "benar" atau "tidak" maklumat disebarkan, bagaimanapun berkata, pihak polis akan sentiasa bersiap-siaga untuk menghadapi sebarang ancaman dan kemungkinan.
"Polis sentiasa bersedia dan kita tidak akan berdiam diri," katanya.
Bernama
Sat Nov 21 2015

JALALUDDIN: Masyarakat (Sabah) jangan panik, jangan terpedaya dan jangan menokok tambah apa-apa maklumat tidak betul itu kepada semua pihak.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah harap perintah berkurung diteruskan
Perintah berkurung itu juga memberi manfaat kepada nelayan tempatan kerana ia membolehkan mereka menjalankan aktiviti penangkapan ikan di bawah pengawasan pasukan keselamatan.

Sabah terdedah kepada ancaman kerana kedudukan geografinya
Kedudukan Sabah yang bersempadan dengan dua negara jiran iaitu Filipina dan Indonesia terutama di kawasan perairan timur menyebabkannya terdedah kepada ancaman keselamatan rentas sempadan.

Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 12 Jan - Polis Sabah
Perintah berkurung fasa ke-33 di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 12 Jan bermula 7 malam hingga 5 pagi, kata Pesuruhjaya Polis Sabah.

Seorang terbunuh, empat cedera akibat letupan bom ikan
Seorang terbunuh manakala empat lagi cedera dipercayai akibat terkena letupan bom ikan di sebuah rumah setinggan atas air.

Tindakan tegas terhadap pihak sebar maklumat pengebom berani mati di Sabah - Polis
Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat sebarkan maklumat kehadiran pengebom berani mati Abu Sayyaf di Sabah.

Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 24 Okt
Ia berkuat kuasa dari pukul 7 malam hingga 5 pagi membabitkan kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinababatangan, Sandakan dan Beluran.

Perintah berkurung di Esszone dilanjut sehingga 5 Ogos
Keputusan pelanjutan dibuat selepas mengambil kira situasi keselamatan di kawasan berkenaan serta atas permintaan banyak pihak.

Polis terima laporan runtuhan batu di kaki Gunung Kinabalu
Polis mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai runtuhan batu dari kaki Gunung Kinabalu di Kampung Kiau Nuluh, Kota Belud.

Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan hingga 2 Jun
Perintah berkurung itu merangkumi enam daerah melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai hingga ke titik garisan yang ditetapkan.

Penculik di Sandakan hubungi keluarga mangsa minta wang tebusan
Pesuruhjaya Polis Sabah Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan dua mangsa culik di Sandakan pada Khamis lalu berada dalam keadaan selamat.