Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai dan staf mana-mana kementerian dan agensi yang menyalahguna peruntukan dan tidak mematuhi peraturan.
Beliau berkata perkara itu perlu dipandang serius bagi mengelak ia berlarutan sehingga boleh menjejaskan prestasi dan pencapaian negara.
"Pihak Kabinet ambil perhatian yang cukup serius mengenai laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini, kerana belanjawan yang tidak mengikut peraturan akan terjejas ekoran negara memperuntukkan RM250 bilion setahun untuk pelbagai perkara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Selera Tanjung Rambutan di sini malam tadi.
Selain itu, beliau berkata individu yang terlibat dalam permasalahan laporan audit akan menjejaskan imej kira-kira 1.1 juta kakitangan awam.
Katanya tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang terlibat akan mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif dan memastikan kakitangan kerajaan tidak berani untuk mengulangi kesilapan sama.
"Sesiapa yang melakukan penyelewengan contohnya melibatkan rasuah pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu tersebut supaya mesej ini sampai kepada kakitangan kerajaan yang lain untuk tidak melakukan perkara itu," katanya.
Ditanya adakah Kementerian Kewangan akan mewujudkan badan atau jawatankuasa pemantau di setiap kementerian bagi menangani permasalahan itu, beliau berkata ia akan dilihat kemudian, bagaimanapun mesej mengenai belanjawan telah diberi kepada pegawai Kementerian Kewangan dan agensi di bawahnya.
"Sebenarnya bajet ada dua iaitu satu perbelanjaan mengurus di bawah Kementerian Kewangan, satu lagi perbelanjaan pembangunan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Mesej ini kita telah beri kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.
"Mulai sekarang ia akan jadi lebih terperinci contohnya melibatkan kelulusan, supaya kesalahan tidak mudah dilakukan kerana kita ada sistem mewakilkan kuasa," katanya.
Medan selera yang menyediakan 26 gerai merangkumi 12 gerai tertutup dan 14 gerai terbuk itu mula beroperasi Sept lepas.
Majlis Perbandaran Ipoh telah memasang 13 lampu hiasan di kawasan sekitarnya daripada peruntukan tambahan berjumlah RM90,000 bagi membangunkan landskap Sungai Kinta di Tanjung Rambutan serta mewujudkan 'Tebingan Mini".
Bernama
Sun Oct 06 2013

Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

GST- Barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah senarai itu perlu diwartakan supaya peniaga boleh struktur semula sistem perniagaan mereka.

Bajet 2015 sedang diperhalusi sebelum dibentangkan - Husni
Kementerian Kewangan sedang memperhalusi Bajet 2015 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober depan.

Sistem belanjawan berasaskan hasil diperkenal tahun depan - Ahmad Husni
Kerajaan akan memperkenalkan sistem belanjawan berasaskan hasil (OBB) mulai tahun depan dalam usaha memastikan pengurusan kewangan di semua kementerian lebih efisien.

Tindakan tegas terhadap pegawai salah guna peruntukan --Ahmad Husni
Perkara itu perlu dipandang serius bagi mengelak ia berlarutan sehingga boleh menjejaskan prestasi dan pencapaian negara.

Kerajaan akan umum inisiatif perbelanjaan nilai bagi wang dalam belanjawan 2014
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata fasa pertama inisiatif itu akan melibatkan empat kementerian, termasuk Kementerian Kewangan.

Kerajaan naikkan kadar BR1M tahun depan - Ahmad Husni
Perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.

Ekonomi Malaysia jangka berkembang 4.5 - 5.5 %
Kerajaan yakin ekonomi negara dapat berkembang 4.5 peratus hingga 5.5 peratus tahun ini dengan keputusan positif yang muncul daripada dasar fiskal dan ekonomi yang diuji masa.

Rintihan pekerja warga asing berkaitan kenaikan cukai
Kabinet memutuskan bahawa bayaran levi pekerja asing kini perlu ditanggung sepenuhnya oleh tenaga kerja yang berkuatkuasa serta merta.
Bayaran BR1M 2.0 bermula Februari ini
RM3 bilion telah diperuntukkan bagi agihan BR1M 2.0 kepada tujuh juta isi rumah dan individu bujang.

BR1M dibayar mulai 1 Februari
Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang bakal memperoleh bayaran BR1M 2.0 mulai 1 Februari ini.