KOTA KINABALU: Tindakan seorang warden asrama mengasingkan pelajar-pelajar bergejala, berjaya menghalang berlakunya penularan COVID-19, apabila mereka akhirnya disahkan positif.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun ketiga-tiga pelajar lelaki ini yang merupakan kes indeks bagi Kluster Sinsingon, Nabawan, telah menghadiri upacara pengebumian yang sama beberapa minggu yang lalu.
"Warden SMK Nabawan telah menempatkan tiga pelajar ini dalam satu bilik lain di asrama. Tindakan bijak mereka telah dapat mengurangkan kes jangkitan yang melibatkan pelajar-pelajar yang lain.
"Saya ingin mengambil kesempatan hari ini untuk mengucapkan tahniah kepada warden asrama SMK Nabawan, yang telah bertindak bijak," katanya pada sidang media harian COVID-19 Sabah di sini, pada Jumaat.
Jelasnya, warden asrama SMK Nabawan tersebut yang hanya dikenali sebagai Cikgu Lisa telah berbincang dengan pengetua sekolah, Haliman Darion, yang kemudian telah memberi arahan untuk meletakkan ketiga-tiga pelajar tersebut dalam bilik berasingan.
"Saya berharap kalau ada kes-kes sebegini berlaku di sekolah lain, mereka juga akan bertindak sama bijak seperti apa yang dilakukan oleh warden atau guru kita di SMK Nabawan," katanya.
Namun begitu, kluster ini dikesan telah merebak dua daerah lain, iaitu Kota Kinabalu (3 kes) dan Keningau (2 kes).
Jelasnya, punca penularan ke dua daerah terbabit masih tidak diketahui.
Sabah hari ini mencatatkan 129 kes positif COVID-19, dengan satu kes kematian direkodkan dari daerah Papar.
Tiga daerah yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi ialah Nabawan (29 kes), Keningau (22 kes), Kota Kinabalu (20 kes).
Satu kluster baru juga telah dikesan, iaitu Kluster Merotai Besar, Kalabakan yang melibatkan penularan di tempat kerja. Kluster ini mencatatkan 26 kes kumulatif.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Feb 26 2021
![Tindakan segera warden berjaya halang penularan COVID-19 di asrama sekolah Tindakan segera warden berjaya halang penularan COVID-19 di asrama sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614179034_MasidiManjun.jpg)
Datuk Masidi Manjun ketiga-tiga pelajar lelaki ini yang merupakan kes indeks bagi Kluster Sinsingon, Nabawan, telah menghadiri upacara pengebumian yang sama beberapa minggu yang lalu. - Gambar fail
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Guru mengaku tidak bersalah liwat pelajar Guru mengaku tidak bersalah liwat pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686805090_TBLiwatPelajar.jpg)
Guru mengaku tidak bersalah liwat pelajar
Seorang guru yang juga warden asrama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki.
![Warden warga Singapura didakwa pijak perut, tumbuk empat pelajar tahfiz Warden warga Singapura didakwa pijak perut, tumbuk empat pelajar tahfiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685431007_warden.jpg)
Warden warga Singapura didakwa pijak perut, tumbuk empat pelajar tahfiz
Seorang warden sebuah pusat tahfiz di Melaka dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memijak perut, menampar, menumbuk dan memukul empat pelajarnya.
![KPM kaji isu berkaitan guru warden asrama - Radzi KPM kaji isu berkaitan guru warden asrama - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653829307_RadziMdJidin.jpg)
KPM kaji isu berkaitan guru warden asrama - Radzi
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti isu berkaitan guru warden asrama dalam usaha menambah baik perjawatan itu termasuk keperluan menaikkan elaun, kata Menterinya Datuk Dr Radzi Jidin.
!['Tangani segera isu warden asrama, beban guru' - JKPPH garis 4 cadangan kepada KPM 'Tangani segera isu warden asrama, beban guru' - JKPPH garis 4 cadangan kepada KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615988949_pelajarasrama.jpg)
'Tangani segera isu warden asrama, beban guru' - JKPPH garis 4 cadangan kepada KPM
JKPPH berkata, terdapat pelbagai keluhan daripada guru-guru berkaitan bebanan tugas mereka yang begitu banyak sehingga menjejaskan tumpuan mereka untuk mendidik.
![Kes buli: Wajar lantik warden asrama dalam kalangan pesara polis, tentera - Lee Lam Thye Kes buli: Wajar lantik warden asrama dalam kalangan pesara polis, tentera - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637319671_Leelamthye.jpg)
Kes buli: Wajar lantik warden asrama dalam kalangan pesara polis, tentera - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye berpandangan, guru mempunyai pelbagai komitmen lain yang perlu diberikan fokus terutama proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
![Tindakan segera warden berjaya halang penularan COVID-19 di asrama sekolah Tindakan segera warden berjaya halang penularan COVID-19 di asrama sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614179034_MasidiManjun.jpg)
Tindakan segera warden berjaya halang penularan COVID-19 di asrama sekolah
Tindakan seorang warden asrama mengasingkan pelajar-pelajar bergejala, berjaya menghalang berlakunya penularan COVID-19, apabila mereka akhirnya disahkan positif.
![209 institusi pendidikan di zon merah Kuching ditutup mulai esok - KPM 209 institusi pendidikan di zon merah Kuching ditutup mulai esok - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603946227_PKPDDIKAMPUNGHAJI.jpg)
209 institusi pendidikan di zon merah Kuching ditutup mulai esok - KPM
Bilangan itu merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
![Cadangan wujud warden asrama sepenuh masa akan dikaji - Kementerian Cadangan wujud warden asrama sepenuh masa akan dikaji - Kementerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81569933459_pelajarasrama.jpg)
Cadangan wujud warden asrama sepenuh masa akan dikaji - Kementerian
Kementerian Pendidikan sedia mengkaji saranan NUTP bagi mewujudkan jawatan warden asrama sepenuh masa di sekolah berasrama.
![Guru sekolah agama direman cabul pelajar lelaki Guru sekolah agama direman cabul pelajar lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61547972789_GURU.jpg)
Guru sekolah agama direman cabul pelajar lelaki
Guru sekolah agama direman kes amang seksual pelajar lelaki