Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menegaskan tindakan saman terhadap lelaki dan wanita Islam yang berpakaian tidak sopan lebih bersifat mendidik berbanding hukuman denda.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata individu yang menerima notis saman daripada pihaknya hanya diminta menghadiri sesi kaunseling tetapi jika ingkar boleh dikenakan denda RM1,000.
"Sebelum ini pun memang ada individu yang dikenakan tindakan sama (saman) tetapi selepas menghadiri sesi kaunseling mereka faham dan tidak dikenakan denda," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Beliau mengulas seorang lelaki berusia 30 tahun menularkan dalam media sosial tindakan Jaheaik mengeluarkan notis saman kepadanya kerana memakai seluar pendek baru-baru ini.
Lelaki terbabit mendakwa dia hanya berhenti di sebuah gerai menjual burger dengan memakai seluar pendek kerana baru selesai bermain futsal.
Mohd Fadzuli berkata tindakan jabatannya adalah amalan biasa kerana sebelum ini seramai 85 individu menghadiri sesi kaunseling yang diadakan dalam tempoh Januari hingga Mei lepas manakala 72 orang lagi akan mengikuti sesi kedua kaunseling bulan depan.
Beliau berkata tindakan terhadap individu Islam yang berpakaian tidak sopan dilakukan mengikut Seksyen 5(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 Negeri Kelantan.
JAHEAIK sentiasa menyertai operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, katanya.
Beliau berkata dalam operasi bersepadu bersama beberapa agensi penguat kuasa pada Isnin lepas (25 Sept) di Jalan Kuala Krai di sini, pihaknya telah membuat pemeriksaan di lokasi tersebut dan mengeluarkan 11 saman dalam kategori tidak sopan ke atas tujuh lelaki Islam berseluar pendek dan empat wanita Islam tidak bertudung dan berpakaian ketat.
Katanya kesemua yang diserahkan notis saman diarahkan untuk hadir sesi kaunseling yang bertujuan bagi mendidik umat Islam supaya berpakaian sopan menutup aurat khususnya di tempat awam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2017
![Tindakan saman terhadap individu Muslim berseluar pendek lebih bersifat mendidik Tindakan saman terhadap individu Muslim berseluar pendek lebih bersifat mendidik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/71506437109_seluarpendek.jpg)
JAHEAIK menegaskan tindakan saman terhadap lelaki dan wanita Islam yang berpakaian tidak sopan lebih bersifat mendidik. -Gambar hiasan
![PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan
Lelaki berusia 30 an itu masih direman dan kawad cam akan dilakukan hari ini, kata Ketua Polis Pulau Pinang.
![Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720153038_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
KESUMA arah KSU, Ketua Eksekutif HRD CORP buat laporan SPRM
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengarahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Sri Khairul Dzaimee dan Ketua Eksekutif HRD CORP Datuk Wira Shahul Dawood membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat masalah didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
BUDI Madani : Bantuan bermakna untuk ringankan beban rakyat
Inisiatif kerajaan menyalurkan subsidi diesel bersasar menerusi BUDI Madani dilihat membantu meringankan beban ditanggung rakyat.
![Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18 Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720154048_tbAppleA.jpg)
Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18
Peranti ini dikatakan akan berada dalam kategori yang sama dengan HomePod dan Apple TV iaitu aksesori untuk rumah.
![Pakistan umum biasiswa untuk pelajar perubatan dari Gaza Pakistan umum biasiswa untuk pelajar perubatan dari Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720151354_Palestinianpatients.jpg)
Pakistan umum biasiswa untuk pelajar perubatan dari Gaza
Pakistan akan menyediakan biasiswa untuk pelajar-pelajar perubatan Palestin dari Gaza bagi melanjutkan pengajian mereka di negara itu.
![PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716190780_RafiziRamli.jpg)
PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi
Undi kumpulan atas pagar akan menjadi penentu kepada kemenangan calon bertanding dan boleh menyebabkan perubahan kerajaan, kata Rafizi.
![EURO 2024: Pertemuan Sepanyol-Jerman ibarat aksi final, kata De la Fuente EURO 2024: Pertemuan Sepanyol-Jerman ibarat aksi final, kata De la Fuente](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720153549_Euro.jpg)
EURO 2024: Pertemuan Sepanyol-Jerman ibarat aksi final, kata De la Fuente
Kedua-dua pasukan disifatkan sebagai gergasi bola sepak Eropah oleh De la Fuente, dalam perhitungan di Stuttgart Arena, tengah malam ini.
Akta Audit: Pemisahan kuasa, tingkat kecekapan tadbir urus
Menurut Pengarah Penyelidikan Kanan, IDEAS, Sri Murniati Yusuf, audit berperanan dalam menjalankan pemeriksaaan terhadap kewangan organisasi atau syarikat dan tidak memikul tanggungjawab untuk mendakwa kesalahan kewangan.
20 subkontraktor DASH tuntut tunggakan RM100 juta Prolintas
Lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) menuntut rundingan penyelesaian bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada Prolintas.
![Pelajar ditahan berkhalwat di hotel bajet Pelajar ditahan berkhalwat di hotel bajet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672614717_pelajar.jpg)
Pelajar ditahan berkhalwat di hotel bajet
Ketika kejadian pada jam 4 pagi, pelajar lelaki berkenaan didapati duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di sebuah bilik di hotel itu.
![JAHEAIK pantau enam tadika dimiliki pengikut ajaran sesat Asmaul Husna JAHEAIK pantau enam tadika dimiliki pengikut ajaran sesat Asmaul Husna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71617541810_DatukCheMohdRahim.jpg)
JAHEAIK pantau enam tadika dimiliki pengikut ajaran sesat Asmaul Husna
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) kini memantau enam prasekolah di negeri itu kerana dikhuatiri mengadakan sesi pembelajaran menyalahi hukum Islam.
![Empat laporan polis terhadap JAHEAIK Empat laporan polis terhadap JAHEAIK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/81494819163_SACDinAhmad.jpg)
Empat laporan polis terhadap JAHEAIK
Empat laporan polis dibuat terhadap JAHEAIK, dipercayai susulan operasi jabatan berkenaan terhadap sekumpulan individu didakwa pengikut Syiah pada 30 Ogos lepas.
![Isu kahwin budak 11 tahun: JAHEAIK belum terima laporan Isu kahwin budak 11 tahun: JAHEAIK belum terima laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61530349324_kahwin.jpg)
Isu kahwin budak 11 tahun: JAHEAIK belum terima laporan
Setakat ini, maklumat yang tular di media sosial itu menyatakan lelaki berkenaan berkahwin di negara jiran.
![Tindakan saman terhadap individu Muslim berseluar pendek lebih bersifat mendidik Tindakan saman terhadap individu Muslim berseluar pendek lebih bersifat mendidik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/71506437109_seluarpendek.jpg)
Tindakan saman terhadap individu Muslim berseluar pendek lebih bersifat mendidik
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menegaskan tindakan saman terhadap lelaki dan wanita Islam yang berpakaian tidak sopan lebih bersifat mendidik berbanding hukuman denda.