KLUANG:Polis Johor menyifatkan tindakan anggotanya menembak mati empat lelaki dipercayai penjenayah di Batu Pahat, Jumaat lalu, adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha mempertahankan diri.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata beliau yakin anggotanya mengikut SOP selepas suspek melepaskan tembakan dan mencederakan seorang pegawai dengan senjata kerambit dalam kejadian jam 3.15 pagi itu.
“Saya harap mana-mana pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) perlu dengar dan melihat kenyataan rasmi saya sebelum membuat sebarang kenyataan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam.
Dalam masa yang sama, katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan susulan dan akan mengeluarkan satu kenyataan lengkap berhubung insiden tersebut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lans Koperal Bradford Bernard, 28, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 6 Jalan Kluang-Teck Wah Heng di sini, kelmarin.
Sebelum ini, sebuah NGO yang dikenali sebagai Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (EDICT) menggesa Ketua Polis Johor itu merujuk semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) mengenai SOP melepaskan tembakan ketika menahan suspek.
Dalam kejadian itu, sepasukan pegawai dan anggota polis menahan sebuah kenderaan Toyota Avanza dan Perodua Myvi, masing-masing dinaiki dua lelaki, yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Ketika polis mahu membuat pemeriksaan, pemandu dan penumpang Toyota Avanza telah bertindak agresif dengan pemandunya mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis.
Pada masa masa, dua suspek yang menaiki kereta Perodua Myvi bertindak menyerang polis menggunakan parang dan kerambit dalam usaha melarikan diri.
Dalam pergelutan itu, seorang daripada suspek menikam seorang pegawai polis sehingga cedera.
Dalam pada itu, Ayob Khan berkata jenazah mendiang akan dibawa ke Penampang, Sabah, menggunakan pesawat awam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini (Isnin).
“Pemergian ini merupakan kehilangan besar buat polis Johor dan IPD Kluang,” katanya sambil menambah tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu berusia 58 tahun itu.
Dalam pada itu, adik mendiang, Bradson, 25, berkata abangnya itu baru sahaja mendirikan rumah tangga di Penampang, awal bulan lalu.
Menurutnya, kali terakhir mereka sekeluarga bertemu dengan mendiang adalah sebelum beliau pulang ke Johor Bahru selepas dua minggu melangsungkan perkahwinan.
“Kali terakhir kami berhubung melalui telefon dua hari sebelum kemalangan terjadi,” katanya yang bertugas sebagai Pegawai Kastam di Johor Bahru.
Ketika kejadian, Bradford, yang menunggang motosikal maut dirempuh oleh sebuah kereta dipandu seorang lelaki, dipercayai di bawah pengaruh alkohol, selepas menamatkan tugas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 14 2021
Ayob Khan (dua, kiri) menyampaikan sumbangan daripada Polis Johor kepada Bradson, adik mendiang Bradford, yang maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu, Kluang, 14 Feb, 2021. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Polis nafi kejadian tular tembakan di Ampang Jaya malam tadi
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan ringkas hari ini.
Bekas penyerang Turkiye Akin cedera ditembak di Istanbul
Rakaman CCTV menunjukkan penyerang melarikan diri dengan motosikal.
Lelaki disyaki tembak pelajar di Georgia ditahan pihak berkuasa
Pegawai negeri Georgia menangkap bapa kepada remaja, Colt Gray, Colin Gray yang disyaki melepaskan tembakan di sebuah sekolah tinggi di Georgia pada Khamis.
Remaja ditembak semasa pasang sepanduk kemerdekaan
Ketika kejadian, suspek melepaskan tembakan sebanyak tujuh kali yang terkena mangsa pada bahagian belakang.
Mayat wanita warga Thailand ditemukan ditembak
Mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan lama di kawasan itu.
Polis Kelantan-Thailand kerjasama siasat kes penyeludup diesel cuba tembak anggota kastam
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kerjasama tersebut bagi mengesan suspek terlibat.
Suspek kes tembak di KLIA disambung reman di Kota Bharu
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan disambung reman bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan.
Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak
Polis mengenal pasti seorang daripada tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak semalam.
Houthi dakwa tembak dron pengintip tentera AS di Laut Merah
Houthi dakwa, dron milik Amerika Syarikat MQ-9 telah ditembak jatuh berhampiran bandar pelabuhan Laut Merah, Hodeidah pada Isnin.
Pendakwa raya siasat serangan di stesen TV ditemui mati
Cesar Suarez ditemui mati dengan kesan tembakan di Guayaquil, wilayah Guayas pada Rabu.