JOHOR BAHRU: Tindakan polis menahan sebuah ambulans di susur Jalan Danga Bay ke Jalan Johor Bahru ketika melakukan kawalan lalu lintas pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Angsana Johor Bahru Mall di sini Sabtu lepas, bertujuan mengelakkan risiko besar kemalangan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata sekiranya anggota trafik memberi laluan hijau kepada ambulans, dikhuatiri akan berlaku pertembungan antara ambulans dan kenderaan konvoi di laluan turun bukit dan 100 meter di hadapan lebih awal antara jalan utama dan jalan keluar dari susur Jalan Danga Bay.
"Semasa kejadian, ambulans yang datang dari arah susur Jalan Danga Bay tetap diberikan keutamaan laluan, malah anggota bertugas turut memberi ruang laluan kepada ambulans antara kenderaan lain untuk maju ke hadapan.
"Anggota bertugas juga telah membuat penilaian daripada setiap sudut keselamatan dan setelah konvoi berlepas, ambulans diberikan laluan hijau untuk meneruskan perjalanan.
"Penahanan ambulans hanya berdurasi 30 saat," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Beliau berkata Polis Daerah Johor Bahru Utara telah terkesan dengan video berdurasi 46 saat yang memaparkan kejadian berkenaan, melibatkan dua anggota sedang bertugas membuat 'cut off' atau 'point duty' seperti yang tular di media sosial.
Susulan itu, Rupiah berkata satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan komen dan maklumat tidak benar, serta tidak bertanggungjawab melalui kaedah tular di media sosial bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
Tindakan polis menahan ambulans di susur Jalan Danga Bay ke Jalan Johor Bahru bertujuan mengelak risiko besar kemalangan. -Foto tular
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Tindakan polis tahan ambulans elak risiko besar kemalangan
Tindakan polis menahan sebuah ambulans di susur Jalan Danga Bay ke Jalan Johor Bahru, Sabtu lepas, bertujuan mengelakkan risiko besar kemalangan.