PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan mengikut Akta Pergigian 2018 (Akta 804) terhadap pengamal pergigian haram, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kementerian itu memandang serius setiap aduan yang diterima oleh Program Kesihatan Pergigian KKM dan aduan tersebut akan disiasat sebelum tindakan penguatkuasaan termasuk serbuan diambil di bawah Bahagian VI Akta Pergigian 2018 (Akta 804).
KKM, katanya menyedari kegiatan pengamal haram itu turut meliputi pihak yang memberi khidmat latihan kepada pengamal pergigian haram yang boleh memberi pelbagai kesan buruk dan mengancam kesihatan masyarakat.
"Menangani aktiviti pergigian haram yang berleluasa ini iaitu sama ada yang memberi rawatan, mahupun yang menerima rawatan, termasuklah pihak yang memberi khidmat latihan yang tidak diiktiraf adalah tanggungjawab bersama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan merujuk beberapa artikel daripada akhbar tempatan berbahasa Inggeris antaranya bertajuk 'The terrible 'tooth' of fake dentists' dan 'How I became a 'dentist' in just five hours' pada 4 dan 5 Julai lepas.
Akta Pergigian 2018 (Akta 804) yang berkuat kuasa mulai 1 Jan lepas itu mensyaratkan hanya pengamal yang berkelayakan, berwibawa dan profesional akan didaftarkan serta layak untuk memberi perkhidmatan pergigian.
Seksyen 62(1) Akta 804 memperuntukkan larangan menjalankan amalan pergigian oleh seseorang yang tidak didaftarkan di bawah Akta 804.
Di bawah Seksyen 62(3) akta sama, mana-mana individu yang melanggar peruntukan subseksyen 62(1) akta itu dan disabitkan melakukan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
Dr Noor Hisham berkata tindakan penguatkuasaan, risikan dan siasatan perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan elemen kesalahan dapat dibuktikan tanpa dilakukan dengan tergesa-gesa.
Orang ramai diminta mengajukan aduan secara rasmi berhubung kegiatan itu kepada Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Aras 5, Blok E10, Kompleks E, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya.
Aduan juga boleh dibuat menerusi talian 03-88834215 atau email di ohd@moh.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Seksyen 62(1) Akta 804 memperuntukkan larangan menjalankan amalan pergigian oleh seseorang yang tidak didaftarkan di bawah akta berkenaan. - Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).