GEORGE TOWN: Tindakan pantas seorang lelaki yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang lelaki dan seorang wanita yang terjatuh ke dalam laut dalam kejadian di Kilometer 2.8 menghala ke Perai, malam ini.
Difahamkan sebelum kejadian, pasangan tersebut dipercayai bertengkar di kawasan hentian di Jambatan Pulau Pinang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.49 malam memaklumkan terdapat mangsa jatuh dari Jambatan Pulau Pinang.
Katanya, apabila pihak bomba tiba di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 30-an telah terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang namun berjaya diselamatkan.
"Berdasarkan maklumat awal, kejadian itu dipercayai berlaku apabila lelaki dan wanita tersebut yang pada mulanya menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic telah berhenti di kawasan hentian di Jambatan Pulau Pinang.
"Ada saksi melihat telah berlaku pertengkaran di antara mereka sebelum kedua-duanya terjatuh ke dalam laut sebelum seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan hentian tersebut bertindak terjun untuk menyelamatkan mereka," katanya ketika dihubungi malam Isnin.
Jurucakap itu berkata kedua-duanya berjaya diselamatkan oleh lelaki itu dan kebetulan semasa kejadian tersebut terdapat bot nelayan berhampiran kawasan perairan berkenaan sebelum mereka dinaikkan ke atas bot.
Beliau berkata mereka dibawa ke Jeti Batu Uban sebelum diserahkan kepada pasukan polis dan pasukan perubatan yang telah bersiap sedia di situ.
"Mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang selepas dipercayai mangsa lelaki mengalami kecederaan di kepala dan memerlukan pemeriksaan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Difahamkan sebelum kejadian, pasangan tersebut dipercayai bertengkar di kawasan hentian di Jambatan Pulau Pinang. - Gambar hiasan/Bernama
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Tindakan pantas lelaki selamatkan lelaki dan wanita jatuh laut di Jambatan Pulau Pinang
Tindakan pantas seorang lelaki yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang lelaki dan seorang wanita yang terjatuh ke dalam laut.
Polis Kelantan siap siaga aset, anggota hadapi musim banjir
Polis Kelantan siap siaga termasuk dari aspek aset dan keanggotaan bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku pada hujung November ini.
Remaja 18 tahun dipilih sebagai datuk bandar di AS
Smith telah diundi untuk memimpin pekan kecil bernama Earle, 48 kilometer di barat Memphis, Tennessee.
Simpanan RM670,000 lebur ditipu 'Ah Seng'
Wanita berusia 77 tahun itu menerima panggilan daripada lelaki yang menyamar polis menerusi aplikasi WhatsApp pada 15 Mei lalu.
Golongan LGBT tidak layak sertai polis - Timbalan KPN
Golongan yang mengamalkan budaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak layak menyertai pasukan polis.