LABUAN: Tindakan pantas dan kecekapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan mengawal kebakaran berjaya menyelamatkan lebih 100 rumah kayu di Kampung Air Patau-Patau 2 daripada musnah pada malam Sabtu.
Pengarah JBPM Labuan, Abdul Rahman Ali berkata, dalam kebakaran yang berlaku pada 10 malam di kawasan berkepadatan tinggi itu, semua mangsa berjaya diselamatkan dan hanya seorang penduduk dikenali sebagai Khairul Mohamed, 39, mengalami kecederaan ringan di tangan.
"Sejurus menerima panggilan kecemasan, pasukan bomba segera ke tempat kejadian dengan mengerahkan 37 anggota dan tiba beberapa minit kemudian. Dalam kebakaran itu, hanya sebuah rumah musnah terbakar, manakala dua rumah berdekatan hanya sebahagian yang rosak," katanya kepada Bernama pada Ahad.
Abdul Rahman berkata, tindakan pantas dan usaha memadam kebakaran yang strategik memainkan peranan penting dalam menghalang api daripada merebak ke seluruh perkampungan air itu.
"Walaupun menghadapi cabaran kerana jarak antara rumah amat dekat, anggota bomba berjaya mengawal api menggunakan air laut, air tangki dan alat pemadam kebakaran bagi memastikan kerosakan yang minimum pada struktur berhampiran," katanya dan menambah punca kebakaran sedang disiasat.
Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abd Rahman yang turut berada di lokasi kejadian berkata, dedikasi dan profesionalisme anggota bomba yang bertungkus lumus mengawal kebakaran mendapat pujian masyarakat setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kejadian di Kampung Air Patau-Patau Dua malam tadi. - Foto Bernama
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
Kebakaran Likas: Mangsa dikenal pasti adik beradik daripada dua keluarga
Lima kanak-kanak dan remaja perempuan yang rentung dalam kebakaran tiga rumah di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas di sini hari ini adalah adik-beradik daripada dua keluarga.
Rumah sampah KLCC terbakar
Kebakaran berlaku di bahagian tangga laluan kecemasan melibatkan longgokan kotak yang terbakar di dalam tong sampah.
Rumah DJ Iskandar Joni antara yang musnah dalam kebakaran
Rumah pusaka milik keluarga penyampai radio SIBUFM Iskandar Joni antara 15 rumah jenis tidak kekal yang musnah dalam kebakaran.
4 cedera dalam kebakaran loji penapisan minyak di Greece
Kebakaran berjaya dikawal, namun anggota bomba akan terus bertugas sepanjang malam bagi memadam sisa kebakaran dan mengelakkan risiko kejadian berulang.
44 rumah musnah terbakar di Penangah
Pada awalnya, kebakaran hanya melibatkan tiga rumah namun api telah merebak dan menyebabkan lebih 40 rumah turut musnah.
4 terbunuh, 3 cedera dalam kebakaran di timur laut China disyaki berpunca daripada basikal elektrik
Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman pada Jumaat malam di Shenyang.
Lelaki melecur ketika cuba padam kebakaran gudang alat ganti kenderaan
Enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamatan (BBP) Jalan Raja dan Alor Setar telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
Lelaki didakwa bakar atlet wanita Uganda Cheptegei, maut akibat kecederaan
Ndiema, yang dimasukkan ke ICU dengan 30 peratus melecur, meninggal dunia akibat kecederaannya pada petang Isnin.
Beberapa pelajar cedera dalam kebakaran sebuah lagi sekolah di Kenya
Beberapa pelajar cedera dalam insiden kebakaran di sebuah sekolah perempuan di bandar Isiolo, tengah Kenya pada Sabtu.