KOTA KINABALU: Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang terkunci dalam kereta di Jalan Gaya di sini hari ini.
Jurucakap JBPM Sabah berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.28 pagi tadi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, terdapat seorang bayi lelaki terkunci di dalam sebuah kereta. Pasukan bomba kemudian bertindak membuka pintu kereta yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas.
"Pasukan bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk membuka pintu kereta tersebut sebelum menyerahkan bayi itu kepada ibu bapanya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada pukul 11.44 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024

Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang terkunci dalam kereta hari ini. - BERNAMA

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Stor farmasi Hospital Papar terbakar
Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam ini.

Dua kanak-kanak dikhuatiri hanyut dibawa arus banjir di Keningau
Seorang kanak-kanak dua tahun dan seorang bayi berusia dua bulan dikhuatiri hanyut dalam kejadian banjir di Kampung Dalit, Sook, Keningau.

Helikopter terbang rendah kerana latihan, orang ramai diminta tidak panik - Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menasihatkan orang ramai supaya tidak panik apabila melihat helikopter jabatan itu terbang rendah atau berlegar-legar di daerah Putatan dan ka

18 rumah di Kota Belud hangus terbakar
Sebanyak 18 buah rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran yang berlaku petang ini di Kampung Kuala Abai, Kota Belud, Sabah.

Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu
Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam malam ini.

Pemandu maut tersepit ketika periksa lori
Seorang pemandu lori maut akibat tersepit di bahagian bawah lorinya semasa memeriksa kenderaan itu di Kampung Taginabur Kiulu, Jalan Ranau-Tuaran hari ini.

Tindakan pantas bomba selamatkan bayi terkunci dalam kereta
Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang terkunci dalam kereta hari ini.

Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.

65 penduduk hilang tempat tinggal, 10 rumah terbakar di Kampung Likas
JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada 3.11 pagi sebelum tiba enam minit kemudian.