Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang baharu akan dilantik pada persidangan dewan undangan negeri akan datang 24 Nov tahun ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh.
Proses pencalonan telah bermula apabila kesemua 11 anggota dewan undangan negeri (Adun) menerima surat meminta mereka mencalonkan timbalan speaker baharu, katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Bangunan Parlimen pada Rabu.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengumumkan jawatan timbalan speaker akan diisi Adun PAS setelah timbalan speaker sebelum ini Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai anggota exco.
Yeoh juga berkata Adun Morib Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib, yang digantung daripada PAS, akan kekal sebagai Adun parti itu pada persidangan dewan undangan negeri akan datang kerana beliau tidak menerima sebarang surat rasmi daripada PAS tentang kedudukan mereka.
"Sepanjang yang melibatkan kami, saya tidak menerima sebarang surat rasmi daripada PAS dan oleh itu, mereka kekal sebagai Adun PAS di dalam dewan," katanya.
Hasnul dan Saari digantung daripada PAS kerana menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor dalam krisis baru-baru ini, yang bercanggah dengan pendirian PAS.
Bernama
Wed Oct 29 2014
![Timbalan Speaker DUN Selangor baharu akan dilantik 24 Nov - Hannah Yeoh Timbalan Speaker DUN Selangor baharu akan dilantik 24 Nov - Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/61414589672_295x200.jpg)
YEOH: Proses pencalonan telah bermula apabila kesemua 11 anggota dewan undangan negeri (Adun) menerima surat meminta mereka mencalonkan timbalan speaker baharu. -Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Suhu global melebihi 1.5 darjah selsius daripada had ditetapkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720413038_bommortar.jpg)
Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah
Objek itu dipercayai ditinggalkan oleh bekas penyewa yang telah berpindah keluar pada Januari lalu.
Hamilton juara Grand Prix Britain, kemenangan pertama sejak 2021
Lewis Hamilton mengalahkan Max Verstappen dan Lando Norris untuk menjuarai Grand Prix Britain, kemenangan pertamanya sejak 2021 dan ke-104 sepanjang kariernya.
Tindakan Panama pasang kawat berduri di sempadan dikritik
Tindakan kerajaan Panama memasang pagar kawat berduri bagi menyekat aliran pendatang melalui hutan Darien yang menghubungkan Amerika Tengah ke Colombia, mencetuskan tentangan daripada penduduk tempatan dan negara jiran.
Menurut Perkhidmatan Sempadan Negara Panama minggu ini, lintasan sempadan tanpa kebenaran di hutan telah menjadi laluan utama bagi kebanyakan pendatang yang menuju ke Amerika Syarikat.
Menurut Perkhidmatan Sempadan Negara Panama minggu ini, lintasan sempadan tanpa kebenaran di hutan telah menjadi laluan utama bagi kebanyakan pendatang yang menuju ke Amerika Syarikat.
Sebuah lapangan terbang di California terbakar
Sejumlah anggota bomba menggunakan helikopter dan kapal terbang pada Sabtu untuk mengawal kebakaran berhampiran lapangan terbang di timur Sacramento, California.
Rakaman dari dalam Lapangan Terbang Placerville di El Dorado County menunjukkan kawasan sekitar diselubungi asap dan api yang disebut sebagai Pay Fire.
Rakaman dari dalam Lapangan Terbang Placerville di El Dorado County menunjukkan kawasan sekitar diselubungi asap dan api yang disebut sebagai Pay Fire.
2024 mungkin jadi tahun paling panas di dunia - Kajian
2024 berkemungkinan menjadi tahun paling panas di dunia.
Berdasarkan rekod di kebanyakan negara setakat Jun tahun ini, perkhidmatan pemantauan iklim EU pada Isnin berkata, suhu global kini telah melebihi 1.5°C atau 2.7 Fahrenheit yang merupakan had ditetapkan dalam Perjanjian Paris susulan peningkatan suhu luar biasa.

![EURO 2024: Polis Jerman lega Turkiye tersingkir EURO 2024: Polis Jerman lega Turkiye tersingkir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720412611_PolisJerman.jpg)
EURO 2024: Polis Jerman lega Turkiye tersingkir
Polis di Jerman menarik nafas lega selepas Belanda bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Turkiye pada EURO 2024.
Pemimpin sayap kiri gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Presiden Perancis Emmanuel Macron mesti mengaku kalah dalam pilihan raya parlimen Perancis, di mana pakatan sayap kiri 'New Popular Front' (NFP) memenangi kerusi terbanyak walaupun tidak mencapai jumlah majoriti mutlak.
Seoul kesal kenyataan kakak Kim Jong Un
Kementerian penyatuan Korea Selatan yang mengendalikan hal ehwal antara Korea pada Isnin kesal selepas Kim Yo Jong, kakak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, menuduh Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menimbulkan ketegangan di semenanjung Korea.
Menurut laporan media kerajaan, Kim mengecam Yoon kerana menimbulkan ketegangan di semenanjung Korea untuk mengalihkan perhatian daripada masalah di negara sendiri.
Menurut laporan media kerajaan, Kim mengecam Yoon kerana menimbulkan ketegangan di semenanjung Korea untuk mengalihkan perhatian daripada masalah di negara sendiri.
Latihan ketenteraan Korea Selatan adalah bentuk provokasi
Latihan ketenteraan Korea Selatan baru-baru ini berhampiran sempadan antara kedua-dua negara adalah provokasi yang tidak boleh dimaafkan.
Berdasarkan laporan media kerajaan KCNA, menurut Kim Yo Jong, kakak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada isnin, seandainya Korea Utara menilai kedaulatannya sendiri dicabul, angkatan tenteranya akan segera melaksanakan misi dan tugas mengikut perlembagaannya.

![DUN Selangor lulus pindaan enakmen berkaitan pingat dan darjah kebesaran negeri DUN Selangor lulus pindaan enakmen berkaitan pingat dan darjah kebesaran negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61436594915_SultanSelangor.jpg)
DUN Selangor lulus pindaan enakmen berkaitan pingat dan darjah kebesaran negeri
Hukuman yang patut dikenakan di bawah enakmen pindaan itu ialah denda antara RM100,000 hingga RM200,00 atau hukuman penjara tiga tahun.
![Azmin Ali terus 'kunci mulut' isu DEIG Azmin Ali terus 'kunci mulut' isu DEIG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435024383_AzminAli.jpg)
Azmin Ali terus 'kunci mulut' isu DEIG
DEIG yang ditubuhkan bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.
![Timbalan Speaker DUN Selangor baharu akan dilantik 24 Nov - Hannah Yeoh Timbalan Speaker DUN Selangor baharu akan dilantik 24 Nov - Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/61414589672_295x200.jpg)
Timbalan Speaker DUN Selangor baharu akan dilantik 24 Nov - Hannah Yeoh
Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang baharu akan dilantik pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 24 Nov ini.