Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali terus 'mengunci mulut' berhubung status operasi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang menimbulkan keraguan pelbagai pihak.
Semasa ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini, Mohamed Azmin berkata maklumat mengenai entiti itu telah dijawabnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.
"Saya telah jawab dalam dewan (DUN) mengenai perkara ini. Tengok 'handouts' saya," katanya ringkas.
Pada persidangan DUN itu, Mohamed Azmin berkata DEIG, yang ditubuhkan bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.
Beliau berkata entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI itu ditubuhkan untuk mengurangkan impak dan risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri.
MBI pula akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat Selangor dan tanggungjawab sosial korporat, katanya.
Mohamed Azmin bagaimanapun berkata DEIG, yang ditubuhkan pada Disember 2014, masih belum memulakan operasi malah tidak terlibat dengan mana-mana transaksi sehinggalah pada awal 2016.
Namun, sebuah portal berita kewangan baru-baru ini melaporkan syarikat pelaburan itu telah mengumumkan untuk mencari rakan kongsi bagi pelaksanaan pembangunan tanah di kawasan Shah Alam, Gombak dan Bukit Beruntung.
Ketika diminta mengulas laporan portal berita itu yang menyebut DEIG pernah melaksanakan proses Pernyataan Minat (RFI) dan Permohonan Cadangan (RFP) berhubung pelaksanaan pembangunan di tiga kawasan berkenaan, Mohamed Azmin menafikannya sebaliknya menjawab: "RFI atau RFP itu semua dilakukan oleh MBI".
Pada 8 Julai lepas, The Edge Financial Daily melaporkan pembangunan tanah di ketiga-tiga kawasan itu akan dilaksanakan DEIG Land yang menyasarkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM10 juta bagi fasa pertama menerusi konsep usaha sama.
Laporan itu turut menyatakan bahawa DEIG membuka RFI selain akan memaklumkan RFP kepada pemohon yang disenarai pendek untuk pembangunan berkenaan.
Bernama
Thu Aug 27 2015
MOHAMED AZMIN: Entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI itu ditubuhkan untuk mengurangkan impak dan risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Azmin Ali terus 'kunci mulut' isu DEIG
DEIG yang ditubuhkan bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.