KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak berpuas hati dengan kemajuan projek Jalan Hubungan Pantai Kuching-Samarahan yang dibiayai kerajaan negeri bernilai lebih RM485 juta yang menghadapi masalah boleh diselesaikan.
Tanpa menyatakan masalah berkenaan, beliau berkata kerajaan negeri yakin dapat menangani isu dihadapi projek itu, yang terdiri daripada tiga pakej disasarkan siap menjelang Mac 2025.
"JKR (Jabatan Kerja Raya) mempunyai prosedur operasi standard, strategi dan pengalaman. Beberapa masalah dihadapi sebenarnya tidak boleh diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabatnya susulan lawatannya ke tapak projek itu semalam.
Tiga pakej projek berkenaan merangkumi jambatan empat lorong merentasi Sungai Sarawak berdekatan Sejingkat bernilai RM365,737,131, menaik taraf jalan Kampung Tanjung Bako sejauh 7.5 kilometer (RM37,499,160) dan pembinaan jalan baharu dari Kampung Tanjung Bako ke Jambatan Batang Samarahan sejauh tujuh kilometer (RM81,844,554).
Uggah, yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan negeri berkata, beliau bersama pegawai kanan kementeriannya akan kerap melakukan lawatan pemeriksaan ke atas projek yang sedang dilaksanakan bagi memastikan ia siap mengikut jadual.
Beliau berkata rakyat menaruh harapan tinggi kepada kementerian dan kerajaan untuk melaksanakan projek seperti dijadualkan, justeru pentingnya untuk memperketatkan pemantauan atau penyeliaan projek.
"Jika kita hanya berharap kepada taklimat di pejabat, ia tidak sama dengan melawat tapak yang mana kita boleh lihat dan mengukur situasi sebenar. Jika ada masalah, kami dan JKR boleh berbincang dengan kontraktor terbabit untuk melihat dan mencari jalan penyelesaian," katanya.
Sementara itu, beliau turut mendedahkan empat projek jejambat di sepanjang Jalan Penrissen membabitkan kos RM352,966,210 akan siap tahun ini, yang mana di Batu 4 telah siap manakala jejambat di Batu 10 siap pada Mei, diikuti Batu 6 dan Batu 7 pada Jun.
"Saya berbesar hati kerana ketiga-tiga projek itu hampir siap dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kontraktor kerana menyiapkannya seperti dijadualkan," katanya.
Beliau menambah bahawa cadangan juga telah dibuat untuk membina laluan bawah tanah di Bulatan Matang bagi melancarkan aliran trafik di bahagian utara bandar ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022

Uggah berkata, beliau bersama pegawai kanan kementeriannya akan kerap melakukan lawatan pemeriksaan ke atas projek yang sedang dilaksanakan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat ketara, 5,385 dipindahkan ke 45 PPS
PPS Stadium Muhibbah di Bintulu merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 883 orang daripada 216 keluarga.

Tanah runtuh Miri: Bantuan pakar dibuat jika ada keperluan - Uggah
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bersedia membawa pakar dari Kuala Lumpur untuk membantu mengeluarkan kesemua mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Miri.

Sarawak guna teknologi inovatif untuk ketahanan jalan - Uggah
Antara penyelesaian yang sedang dipertimbangkan ialah membina jalan raya bertingkat, kaedah yang sangat sesuai untuk muka bumi ini.

Belajar daripada sejarah sebagai persediaan hadapi cabaran masa depan - Uggah
Rakyat Sarawak perlu mengambil pengajaran daripada sejarah silam sebagai persediaan untuk mereka menghadapi cabaran besar pada era moden ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sarawak mahu wujudkan kursus Bahasa Iban di Unimas - Douglas Uggah
Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan pihak Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk mendapatkan persetujuan.

Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini
Kesepakatan bagi memuktamadkan penyerahan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri di Kuching pada Isnin.

Sambutan Krismas: Kekal waspada terhadap COVID-19 - Uggah
Rakyat Sarawak digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bagi membendung penularan COVID-19 menjelang sambutan Krismas esok.

Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah
Produk kraf kaum Iban perlu didaftarkan dengan Jabatan Warisan Negara bagi melindungi hak cipta, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.