Timbalan Pengarah dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM87,000 melibatkan kelulusan projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) pada 2015 dan Januari lalu.
Tertuduh Mohd Iskandar King, 42, yang juga Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pos dan E-Dagang SKMM membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa secara rasuah menerima suapan wang tunai berjumlah RM50,000 daripada seorang Pengarah Syarikat Golden Sunrise Ventures Sdn Bhd dan pakar runding bagi Syarikat OCK Setia Engineering Sdn Bhd, Mohamed Kamil sebagai upah untuk tertuduh dan balasan telah membantu mendapatkan projek Universal Service Provider (USP) Time 3 Extension Phase 1 daripada Suruhanjaya itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di IOI City Mall Putrajaya pada 8 malam, 9 Januari lalu.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 24 Akta yang sama.
Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa menerima dua cek masing-masing bernilai RM18,500 atas nama isterinya, Nur Ellina Abdul Sukor dan namanya sendiri daripada seorang lelaki Mohd Azuzi yang mana tertuduh mengetahui individu itu mempunyai hubungan dengan kerja rasminya di Bukit Jalil Golf and Country Resort kira kira jam 5 petang pada 23 Jun 2015.
Mohd Iskandar turut berdepan satu pertuduhan pilihan iaitu menerima wang tunai RM50,000 daripada individu yang sama di sebuah restoran di IOI City Mall Putrajaya kira kira jam 8 malam pada 9 Januari lalu.
Jika sabit kesalahan atas pertuduhan kedua, ketiga dan pilihan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua duanya sekali mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan serta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Siti Noor Hafizan Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam R. Sivahnanthan.
Kes disebut semula 16 Januari depan.
Fareez Azman
Thu Dec 19 2019
Timbalan Pengarah dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM87,000. - Gambar hiasan
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.
JSPT KL keluarkan 63 saman di sekitar pusat bandar
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 63 saman atas pelbagai kesalahan di sekitar pusat bandar dalam Op Halangan yang bermula 10 malam semalam.
Polis mohon bantuan kesan lelaki warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.
Bekas Pertahanan Kuala Lumpur meninggal dunia
Bekas pemain Kuala Lumpur (KL) Noh Haeng-seok dari Korea Selatan meninggal dunia pada usia 36 tahun hari ini.
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.
4 lokasi santai di Kuala Lumpur gamit ibu bapa bawa anak-anak
Kaji selidik Klook mendapati lebih separuh rakyat memilih Kuala Lumpur selain Pulau Pinang dan Melaka sebagai destinasi pelancongan domestik.
Pusat beli-belah di ibu kota jadi tumpuan ramai menjelang Krismas
Pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong asing tidak melepaskan peluang cuti hujung minggu untuk bersama-sama berkongsi kemeriahan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan beberapa negeri
Negeri-negeri yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, dan Sarawak.
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
Walk The Doc 2024 fokus tarikan lama Kuala Lumpur
Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari.