KERAP kali kami laporkan di Amanz, beberapa rawatan baharu penyakit seperti kanser berjaya diuji pada tikus makmal.
Kemudian ujian klinikal ke atas manusia pula dilakukan bagi melihat keberkesanannya. Ini kerana sistem imun dan biom tikus berbeza dengan manusia.
Tetapi saintis dari University of Texas Health Science Center di San Antonio mengumumkan kejayaan menghasilkan tikus makmal yang mempunyai sistem imun dan biom perut yang 100% sama dengan manusia.
Tikus TruHuX diubah sistem imunnya menjadi sama dengan manusia menerusi rawatan sel tunjang dan juga hormon.
Selepas beberapa minggu, TruHuX mempunyai nodus limfa, pusat germinal, sel epitelium manusia timus, limfosit T dan B manusia, limfosit B memori dan sel plasma yang menyerupai manusia.
Dengan ini TruHuX boleh menjadi analog kepada manusia yang lebih tepat dalam ujian makmal. Ia telahpun digunakan untuk melakukan kajian jangka panjang COVID-19 ke atas tubuh manusia.
Di masa hadapan ia boleh digunakan untuk membangunkan vaksin, menghasilkan rawatan penyakit dan menguji kesan ubat baharu dihasilkan.
Saintis telahpun menghasilkan tikus yang diubah gen untuk menyerupai manusia sejak 1980an dan digunakan untuk melakukan kajian HIV tetapi mempunyai hayat yang pendek.
Tetapi tikus dengan 100% sistem imun manusia tidak berjaya dihasilkan sehinggalah sekarang. -Amanz
Amanz
Wed Jul 10 2024
Tikus TruHuX diubah sistem imunnya menjadi sama dengan manusia menerusi rawatan sel tunjang dan juga hormon. -Amanz
Agenda AWANI: One Year Of Genoside In Gaza
After a year of the genocidal war in Gaza, the conflict has intensified, drawing in multiple countries across the Middle East. What’s next? Tune in to Agenda Awani at 9 PM tonight for an exclusive interview with Dr. Abdullah Waleed, a member of Palestine’s Council on International Relations.
[INFOGRAFIK] Genosid Gaza | Fakta Nombor (Setakat September 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan konflik Israel-Palestin, fakta nombor (Setakat September 2024).
[INFOGRAFIK] Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
Berikut adalah info berkenaan dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Isteri Perdana Menteri jalani prosedur kesihatan, dalam keadaan baik
Dr Wan Azizah berada dalam keadaan yang baik selepas menjalani prosedur kesihatan itu.
[INFOGRAFIK] Peta Palestin 1948 -2020
Berikut adalah info berkenaan dengan peta Palestin 1948 -2020.
Melaka negeri terbaru terjejas banjir
Sekretariat Jawatankuasa JPBN Melaka dalam kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin, dibuka 12 tengah hari tadi.
Lebih RM4 juta insentif diberi kepada atlet SUKMA, Para SUKMA Sarawak
Abang Johari berkata insentif tertinggi adalah kepada atlet Para SUKMA melibatkan RM2.26 juta, manakala atlet SUKMA berjumlah RM1.84 juta.
GISB: MAIS mulakan proses pulih akidah 261 kanak-kanak
Modul pemulihan akidah itu dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS).
Negara Islam perlu hentikan perang terhadap Gaza
Negara Islam perlu menggunakan kesepakatan dalam menyokong rakyat Palestin sebagai peluang untuk menghentikan perang habis-habisan terhadap Gaza dan genosid oleh Israel, menurut kenyataan dari Kedutaan Iran di Kuala Lumpur.
Agenda AWANI: Setahun Genosid Di Gaza
7 Oktober menandakan setahun Taufan Al Aqsa. Perjuangan dan kemenangan Palestin daripada perang genosid ke atas Gaza adalah ketakutan terbesar rejim Israel dalam perang moden terburuk dalam peradaban manusia ketika ini? Diskusi 8.30 malam
Kembalikan UPSR, PT3 perlu pendekatan holistik, anak-anak bukan tikus makmal - Fadhlina
Keputusan untuk mengembalikan peperiksaan UPSR serta PT3 perlu dibuat secara holistik dan tidak boleh dilihat dari satu aspek sahaja.
Tikus makmal dengan 100% sistem imun manusia berjaya dihasilkan
Tikus TruHuX diubah sistem imunnya menjadi sama dengan manusia menerusi rawatan sel tunjang dan juga hormon.
Vaksin COVID-19: Tiada paksaan, aktivis dan NGO jangan takutkan masyarakat - Khairy
Dakwaan seorang aktivis mengatakan Orang Asli menerima paksaan dan bakal dijadikan sebagai tikus makmal adalah tidak benar sama sekali.
Biarkan Haiqal terus dibimbing Poad
Program yang dilaksanakan Md Poad itu tampak berkesan dengan Badrul Hisyam dan Khairul Hafiz pernah mengecapi kemuncak prestasi, namun menurun setelah berlaku banyak campur tangan.