Dua rakan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita dengan menikamnya sebanyak 78 kali pada Disember 2011.
Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Faizul Mohd Ali, 24, dan Mohd Zulhaziq Razali, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pendakwaan di akhir kes pembelaan.
"Apabila dipertimbang secara keseluruhan, pembelaan (orang kena tuduh) OKT1 (Muhammad Faizul) tidak boleh dipakai dan didapati bersalah serta disabit kesalahan.
"Pembelaan OKT2 (Mohd Zulhaziq) juga gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan dan dia dibuktikan mengambil peranan dalam pembunuhan itu. Maka, OKT2 didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan," katanya.
Selepas hukuman dijatuhkan, Muhammad Faizul dan Mohd Zulhaziq hanya tersenyum hambar dan anggota keluarga mereka yang hadir di mahkamah kelihatan muram dengan keputusan terbabit.
Kedua-dua lelaki itu dituduh bersama-sama membunuh Rozana Mohd Yusak, 35, yang juga teman wanita Muhammad Faizul, di rumah mangsa di Jalan Puncak Desa 2, Kepong, dekat sini antara pukul 12 tengah malam hingga 1.15 pagi, pada 21 Disember 2011.
Muhammad Faizul dan Mohd Zulhaziq dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Hujah pendakwaan menyatakan kedua-dua lelaki itu telah pergi ke rumah Rozana dan berlaku pergelutan sehingga mengakibatkan mangsa mati akibat ditikam 78 kali selain mengalami beberapa kesan luka dan lebam disebabkan objek tajam.
Pihak pendakwaan turut mengemukakan keterangan saksi bahawa Mohd Zulhaziq telah membuat persiapan awal pembunuhan dengan membawa sebilah pisau sebelum pergi ke rumah mangsa.
Sepanjang perbicaraan diadakan, sebanyak 13 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan telah dipanggil memberi keterangan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkish Abdul Yazaid manakala Muhammad Faizul diwakili peguam Ariff Azami Hussein dan Mohd Zulhaziq pula diwakili Saladin Mohd Yasin.
Bernama
Wed Aug 17 2016
Dua sahabat Muhammad Faizul Mohd Ali (dua, kiri) dan Muhammad Zal Haziq Razali dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini, selepas didapati bersalah membunuh seorang kerani bank wanita. - Foto Bernama
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.
Tikam wanita 78 kali, dua sahabat ke tali gantung
Dua rakan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita dengan menikamnya sebanyak 78 kali.