Tiga orang maut manakala tiga lagi cedera parah dalam letupan bom di hadapan sebuah pusat hiburan di Padang Besar, Songkhla, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira 8.50 malam apabila bom buatan sendiri seberat 15kg yang dipasang pada sebuah motosikal, meletup di hadapan sebuah pusat karaoke.
Kekuatan letupan bom dan serpihannya telah memusnahkan premis perniagaan, tempat kediaman dan enam buah kereta termasuk sebuah kereta warga Malaysia serta empat motosikal.
Ketua Polis Wilayah Songkhla Mej Jen Ampon Buarabporn berkata seorang mangsa yang juga pemilik kedai dikenali sebagai Nantisa Anam, 40, terbunuh di tempat kejadian, manakala dua lagi, masing-masing berusia 30 tahun, meninggal dunia di Hospital Universiti Songkhla Nakarin Hatyai.
Menurut saksi, Kanyarat Mongkol yang tinggal 50 meter dari tempat kejadian, ketika letupan terdapat lima wanita iaitu pekerja serta pemilik pusat hiburan itu sedang duduk di hadapan premis berkenaan.
"Saya melihat, selepas letupan bom dua orang rebah di bawah meja," katanya.
Letupan itu adalah sebahagian daripada siri serangan bom di selatan Thailand bermula malam tadi sehingga awal pagi ini.
Di Sungai Golok, tujuh butir bom meletup mencederakan lapan orang dan beberapa premis perniagaan musnah.
Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol Korn-Art Suwannakam berkata tiga butir bom meletup dari 6.51 malam hingga 7 malam waktu tempatan di pekan Sungai Golok yang menjadikan kedai makanan dan pusat karaoke sebagai sasaran.
Beliau berkata pada 12.10 tengah malam tadi waktu tempatan, empat lagi bom meletup di pekan Sungai Golok secara serentak.
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh atau cedera dalam kejadian letupan itu.
Bernama
Sat Jul 11 2015
Tiga wanita terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam letupan bom di hadapan sebuah pusat karaoke di pekan Siam di sini malam tadi. -Gambar fail
Norza letak jawatan Presiden BAM
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, mengambil keputusan untuk meletak jawatan daripada badan induk itu.
Istiadat Berinai Puteri Sultan Pahang tarik perhatian
Istiadat Berinai Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berlangsung dengan penuh istiadat dan tradisi di Istana Abdulaziz.
Tanah jerlus Masjid India: Operasi bahaya kerana ada gas beracun di pembetung - Bomba
Meskipun arus air tidak deras dan paras air tidak begitu tinggi namun gas beracun yang berada dalam pembetung membahayakan pasukan mencari dan menyelamat.
Menteri Luar Brazil adakan lawatan rasmi ke Malaysia 24-25 Ogos
Menteri Luar Brazil Mauro Vieira akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 24 dan 25 Ogos ini.
Letusan gunung berapi di Iceland jadi pertunjukan semulajadi
Letusan gunung berapi terbaharu di Semenanjung Reykjanes Iceland dilihat sebagai pertunjukan alam semula jadi yang menakjubkan.
Tiga maut dalam serangan tikaman rambang di Jerman
Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan yang lain cedera dalam satu serangan tikaman di satu festival keraian yang berlangsung pada Jumaat malam di bandar Solingen di barat Jerman
Israel keluarkan rakaman serangan ke atas Hezbollah
Tentera Israel pada Jumaat mendedahkan visual serangan udara ke atas Hezbollah di selatan Lubnan.
DBKL, syarikat utiliti disaran kerjasama buat pemetaan utiliti bawah tanah - Fahmi
DBKL, agensi terlibat serta syarikat utiliti disaran bekerjasama dalam membuat pemetaan utiliti bawah tanah.
Tanah jerlus Masjid India: ‘Takut bila ingat kejadian semalam’ - Peniaga
Pemilik kedai berhadapan lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Al Amin Abdul Kassim memaklumkan bimbang dengan keselamatan.
NR-REE bakal menjadi sumber pendapatan utama negeri Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) akan menjadi sumber pendapatan baharu yang penting bagi negeri Perak.
Beliau berkata sejak projek perintis pengeluaran NR-REE dimulakan di kawasan seluas 216 ekar di hulu Perak, negeri itu telah memperoleh royalti sebanyak RM 25.2 juta menjelang Disember 2023.
Beliau berkata sejak projek perintis pengeluaran NR-REE dimulakan di kawasan seluas 216 ekar di hulu Perak, negeri itu telah memperoleh royalti sebanyak RM 25.2 juta menjelang Disember 2023.
Tiga terbunuh, tiga parah dalam letupan bom di selatan Thailand
Tiga orang maut manakala tiga lagi cedera parah dalam letupan bom di hadapan sebuah pusat hiburan di Padang Besar, Songkhla, malam tadi.