Hari ini, tiga tahun yang lepas, pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang dari radar dan hingga kini tidak kembali.
Sebagai mengenang tragedi malang itu, Dewan Rakyat hari ini bertafakur selama satu minit mengenang genap tiga tahun kehilangan MH370.
Menerusi usul khas oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau berkata penggantungan pencarian pesawat tersebut 17 Januari lalu tidak bermakna pengakhiran dalam komitmen kerajaan untuk merungkai tragedi malang tersebut.
"Sesungguhnya, penggantungan misi pencarian pada 17 Januari yang lalu setelah lebih dua tahun setengah misi tersebut dilancarkan sememangnya satu keputusan yang amat sukar dan akan dirasai oleh semua pihak terutama waris dan ahli keluarga mangsa.
"Keputusan yang dicapai bersama Kerajaan Australia dan Republik Rakyat China ini bukanlah diambil dengan ringan atau tanpa kepiluan.
"Ianya pasti sukar untuk dipertimbangkan, apatah lagi diterima. Namun, percayalah bahawa kita semua mahukan jawapan samada ahli keluarga, kerajaan dan rakyat Malaysia mahupun masyarakat dunia.
"Sungguhpun pencarian digantung buat masa ini sementara menunggu lebih banyak bukti yang lebih meyakinkan berdasarkan analisa kepada data dan maklumat komprehensif yang diperoleh oleh kumpulan pakar di Australia, aspirasi untuk mencari MH370 tidak pernah diabaikan," katanya.
Jelasnya, dalam situasi ketika ini, setiap rakyat Malaysia perlu memperkukuhkan lagi solidariti dan semangat perpaduan dalam mengenang tragedi malang MH370.
"Oleh yang demikian, apa yang kita lakukan pada hari ini adalah sebagai tanda kita memperingati genap tiga tahun tragedi malang yang menimpa negara serta mengenang mereka yang terlibat dalam nahas pilu yang amat meruntun hati kita semua," katanya.
Justeru itu, beliau berharap dan menyeru ahli keluarga dan rakan taulan mangsa agar terus cekal dan kekal tabah dalam meniti hari-hari yang mendatang tanpa orang yang disayangi.
Katanya doa dan ingatan seluruh rakyat Malaysia akan terus bersama dengan mereka agar diberi ketabahan dan kecekalan hati dalam meneruskan kehidupan.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Mar 08 2017

Penggantungan pencarian pesawat tersebut 17 Januari lalu tidak bermakna pengakhiran dalam komitmen kerajaan untuk merungkai tragedi malang tersebut.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditanya sama ada bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS, supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.

Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.