Kegembiraan tujuh sekeluarga berkelah di kawasan air terjun Lata Cakah di sini berakhir dengan tragedi selepas tiga daripada mereka meninggal dunia kerana lemas.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar berkata seorang daripada mereka Asiah Zakirah Abd Rahman, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Setiu.
Katanya dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari itu, ketika sedang leka mandi-mandi, bapa saudara mereka mendengar suara meminta tolong dan sebaik tiba di tempat kejadian, ketiga-tiga mereka telah tenggelam manakala seorang lagi berjaya diselamatkan oleh orang ramai.
"Dengan bantuan orang ramai tiga mangsa telah dijumpai, seorang meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi dikejarkan ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut," katanya kepada Bernama.
Katanya kira-kira pukul 2.41 petang, Fatin Atirah Ahmad Sabri, 20, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan dan kira-kira dua jam selepas itu seorang lagi mangsa yang merupakan pelajar perubatan di Mesir Asma Saari, 21, meninggal dunia.
Sementara mangsa yang diselamatkan, Maisarah Saari, 19, dilaporkan stabil namun masih menerima rawatan, katanya dan menurutnya kesemua mereka berasal dari Kelantan.
Bernama
Thu Jul 28 2016
Seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Setiu. - Gambar fail
Terbuka Malaysia 2025: Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua
Pasangan beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai melangkah mudah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia 2025.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya kini ranking ke-132 dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Seorang pelakon China yang dilaporkan hilang minggu lalu berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.
RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.
Logo VM2026 rekaan pelukis tempatan, bukan ilustrasi AI
Rekaan logo rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang menampilkan ilustrasi beruang matahari merupakan rekaan seorang pelukis tempatan dan bukannya janaan kecerdasan buatan (AI).
Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada semua pihak, terutama penganjur dan peminat sukan badminton, berikutan insiden kebocoran bumbung di Axiata Arena semalam.
[TERKINI] Peniaga mengaku salah hina Agong di media sosial
Seorang peniaga gerai makanan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menerbitkan satu hantaran menghasut yang menghina Yang di-Pertuan Agong dalam media sosial pada Disember lalu.
UTM, UMPSA terima Naib Canselor baharu - KPT
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan Naib Canselor baharu bagi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Lesen Layang-Layang Island Resort dibatalkan - MOTAC
Lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd dibatalkan berkuat kuasa Isnin lalu (6 Januari).
e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN
LHDN memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem sedia ada.
Tiga sekeluarga meninggal dunia akibat lemas di air terjun Lata Cakah
Kegembiraan tujuh sekeluarga berkelah di kawasan air terjun Lata Cakah berakhir dengan tragedi selepas tiga daripada mereka meninggal dunia kerana lemas.