Isteri dan kakak termasuk seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen, Alor Setar, hari ini, atas tuduhan membabitkan rasuah RM12.5 juta sejak tiga tahun lalu..
Kesemua mereka iaitu pasangan suami isteri, Mohd Khairi Othman, 38, dan isterinya, Noorashikin Azmi, 38, dari Taman Rahmat, Jitra dan kakak Mohd Khairi, Huziana Othman, 48, dari Taman Suasana Damai, Jitra, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan, di depan Hakim Azman Abu Hassan.
Dalam prosiding pertama membabitkan dua kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Mohd Khairi sebagai Ketua Unit DP10, Bahagian Khidmat Ekspatariat, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya menerima rasuah RM100,000 daripada Muhammad Khairul Asri Pubin melalui akaun Maybank atas nama Hassan Muhammad Yusuf @ Daud.
Rasuah terbabit sebagai upah mempercepatkan pengeluaran Surat Kelulusan Pegawai Dagang (DP10) bagi Syarikat MKAP Bina Sdn Bhd pada 16 Julai 2017, jam 11.07 pagi.
Bagi kesalahan kedua, Mohd Khairi menerima RM50,000 daripada Lee Wai Kay melalui akaun sama dan tujuan sama bagi Syarikat Nature Sense Sdn Bhd pada 19 Jun 2015, jam 1.18 petang.
Selain itu, Mohd Khairi yang kini bertugas di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, Kelantan turut berdepan 18 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 membabitkan jumlah keseluruhan RM9.2 juta.
Kesalahan terbabit dilakukan di beberapa bank di sekitar Kedah antara 18 Disember 2015 hingga 1 Mac 2017.
Dalam prosiding kedua membabitkan isteri Mohd Khairi, Noorashikin yang juga pengarah dua syarikat iaitu Firas Rizqi Resources dan Ilham Rizqi Resources berdepan lima pertuduhan membabitkan Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) AMLA 2001 dengan jumlah keseluruhan RM2.5 juta.
Kesalahan terbabit dilakukan di tiga bank di sekitar Jitra, antara 7 April 2016 hingga 14 November 2016.
Dalam prosiding ketiga, Huziana yang juga kakak kepada Mohd Khairi didakwa menerima wang RM500,000 daripada akaun Bank Rakyat milik Hassan Muhammad Yusuf @ Daud di Bank Rakyat cawangan Alor Setar, Jalan Langgar pada 9 Jun 2016.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang bekerja sebagai Ketua Jururawat Hospital Sultanah Bahiyah, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) AMLA 2001.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A Hafiizh Abu Bakar dan Mohd Khairi serta Noorashikin diwakili Ridha Abdah Subri, manakala Huziana tidak diwakili peguam.
Azman memerintahkan Mohd Khairi membayar jaminan RM1.6 juta, manakala Noorashikin serta Huziana masing-masing RM200,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula dan penyerahan dokumen.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jan 04 2018
Kes rasuah itu melibatkan urusan mencurigakan oleh sepasang suami isteri dan kakak kepada si suami tersebut. - Astro AWANI
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
8 terbunuh, 2,750 cedera akibat letupan di seluruh Lubnan
Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Jurutera didakwa gubah wang haram, tipu, rasuah babit RM131,600
Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob, Hakim Azura Alwi dan Hakim Suzana Hussin.
Bekas pegawai bank hadapi 14 tuduhan ubah wang haram bernilai RM3.6 juta
Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada aktiviti haram.
Tiga sekeluarga didakwa rasuah RM12.5 juta, ubah wang haram
Pasangan suami isteri dan kakak kepada si suami terlibat dalam urusan mencurigakan sejak tiga tahun lalu.