BUTTERWORTH: Seorang bekas pegawai bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas 14 pertuduhan pengubahan wang haram dan menipu membabitkan nilai lebih RM3.6 juta bermula Ogos 2017 hingga Oktober 2019.
Bagi 14 kes pengubahan wang haram, nilai dicatatkan ialah RM3.4 juta manakala RM240,000 lagi membabitkan kes menipu mangsa untuk menyerahkan wang dalam jumlah tertentu.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh R Ganesan, 35, telah menerima wang RM200,000 daripada M Kaliama, 45, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Kesalahan itu dilakukan antara 22 Ogos 2017 dan 24 Ogos 2017 di Malaysian Banking Berhad Cawangan Taman Inderawasih Perai, Pulau Pinang.
Kali terakhir tertuduh menerima wang RM50,000 pada 7 Oktober 2019 di lokasi sama daripada M Kesavan, 36, yang juga hasil daripada aktiviti haram.
Berikutan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.
Tertuduh mengaku faham ketika pertuduhan dibacakan di depan Hakim Noor Aini Yusof dan mohon dibicarakan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Muhamad Syeqal Che Murad manakala tertuduh diwakili peguam Pyara Singh.
Pada awalnya, Muhamad Syeqal memohon agar tertuduh tidak diberikan sebarang jaminan kerana berdepan banyak pertuduhan namun dibantah Praya Singh.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dikenakan jaminan RM140,000 atau RM10,000 bagi setiap kes.
Mahkamah turut menetapkan 22 Disember depan untuk serahan dokumen bagi kes menipu mangsa dan 17 Januari 2022 bagi kes pengubahan wang haram.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Dec 13 2021
Tertuduh R Ganesan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas 14 pertuduhan pengubahan wang haram dan menipu membabitkan nilai lebih RM3.6 juta bermula Ogos 2017 hingga Oktober 2019. - Gambar Astro AWANI
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Menipu pelaburan wang tak wujud: Bekas pegawai bank didakwa lagi
M. Patmanathan didakwa memperdaya tiga individu untuk serahkan wang masing-masing sebanyak RM1,550; RM3,500 dan RM7,300 untuk pelaburan tidak wujud.
Bekas pegawai bank didakwa tipu dua individu, babit kerugian lebih RM110,000
Seorang bekas pegawai bank dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar pada Rabu atas dua pertuduhan menipu dua individu bagi tujuan pelaburan membabitkan kerugian berjumlah lebih RM110,000.
Bekas pegawai bank hadapi 14 tuduhan ubah wang haram bernilai RM3.6 juta
Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada aktiviti haram.
Jho Low panggil Najib "big boss" - Bekas pegawai bank
Bekas pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Jho Low memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "big boss".