Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.21 pagi.
Menurutnya, kebakaran melibatkan tiga buah rumah kedai kelas B yang setiap satu berkeluasa 40 X 40 kaki persegi.
“Kedai pertama musnah 60 peratus, kedua 70 peratus manakala ketiga tiga peratus, tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan pagi ini.
Menurut jurucakap itu lagi, operasi pemadaman dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar dengan bantuan anggota BBP Kuala Kurau, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Parit Buntar, PBS Bagan Tiang, PBS Sungai Jawi, PBS Nibong Tebal, PBS Tanjung Piandang dan PBS Bagan Serai.
“Jentera A1-29 Parit Buntar menggunakan dua aliran, 200 kaki, dua pancutan dari tangki jentera, sumber dari pili bomba dan sungai manakal jentera A1-32 Kuala Kurau menggunakan satu aliran, 100 kaki, dua pancutan sehingga api dipadamkan sepenuhnya,” ujarnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Rossyed Isa tamat jam 5.33 pagi.