Tiga pelajar dari Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di Negeri Sembilan mengharumkan nama Malaysia apabila muncul sebagai antara pemenang pertandingan Asian English Olympics di Jakarta minggu lepas.
Pelajar tingkatan empat Asma Mohd Jailani, 16, muncul juara di bawah kategori Penulisan Cerita Pendek, menewaskan 48 peserta lain, dengan ceritanya bertajuk "A Pinprick of Light".
Beliau menggondol hadiah wang tunai RM1,500 (lima juta rupiah), piala dan sijil.
Sementara itu, dua orang lagi pelajar TKC, Anis Nur Athirah Ahmad Sukari, 16, dan rakannya, Alyssa Sofea Ahmad Zahari, 17, muncul sebagai lima pemidato bakat baharu dalam kategori Debat.
Ketika ditemui Bernama sekembalinya dari Jakarta hari ini, Asma berkata dia seolah-olah tidak percaya dan terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang kerana dalam pertandingan ini, beliau perlu bersaing dengan pelajar universiti dari negara-negara Asia.
"Saya tidak naik ke pentas ketika nama saya diumumkan sehinggalah kawan-kawan saya memanggil nama saya dan memberitahu bahawa saya menang. Kemudian, barulah saya sedar bahawa saya menjuarai pertandingan.
"Saya sentiasa mempunyai impian untuk menjadi seorang penulis atau pengarang walaupun menyedari kesukaran yang harus diharungi, dan berbekalkan impian itu, saya menulis cerita dengan bangga dan sukacita," kata beliau dan menambah ini kali pertama beliau menyertai pertandingan berprestij ini.
Beri motivasi
Anis dan Alyssa, sebaliknya, berkata apabila dibelenggu keraguan, mereka memberi motivasi antara satu sama lain dan meniupkan harapan bahawa mereka mampu bersaing dengan pelajar peringkat universiti, dan dapat menandingi standard dengan keazaman dan keyakinan.
"Kami berasa bangga dan kami juga mengharumkan nama TKC bangga apabila kami berdua ialah satu-satunya rakyat Malaysia dan pasukan sekolah tinggi yang bersaing dengan pelajar-pelajar universiti yang lebih berpengalaman," katanya.
Ketika menyambut kepulangan para pelajar dan guru terbabit, Naib Presiden (Agama & Pendidikan) Kolej Tunku Kurshiah Datuk Hafsah Hashim berkata, pelajar-pelajar ini, kali pertama menyertai acara antarabangsa, telah dilatih dan dibimbing oleh tiga orang guru sejak Disember tahun lepas dan meletakkan bahasa Inggeris di tahap lebih tinggi pada pertandingan antarabangsa.
"TKC berdiri sama tinggi di barisan hadapan dalam kalangan sekolah berasrama penuh. Oleh itu, pengetua Hamizan A.Hamid mahu para pelajar didedahkan kepada pertandingan antarabangsa dan berusaha ke arah kecemerlangan," kata Hafsah, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan SME.
Bertemakan "Radiate Your Light", Asian English Olympics, yang diadakan dari 16 hingga 20 Februari disertai oleh lebih 500 peserta dari Indonesia, Singapura, Malaysia, Filipina, Hong Kong, Thailand, Vietnam, dan Macau.
Mereka bertanding dalam kategori Debat, Penyampaian Berita, Scrabble, Penulisan Cerita Pendek, Ucapan, Spelling Bee, dan Bercerita.
Bernama
Sun Feb 21 2016
Naib Presiden (Agama & Pendidikan) Persatuan Murid-Murid Tua TKC, Datuk Hafsah Hashim (kiri) menyambut kepulangan pelajar-pelajar TKC yang menyertai pertandingan Asian English Olympics di Jakarta di KLIA hari ini. - Foto Bernama
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Tiga pelajar TKC harumkan nama Malaysia pada pertandingan Asian English Olympics
Trio daripada Kolej Tunku Kurshiah mengharumkan nama Malaysia apabila muncul sebagai antara pemenang pertandingan Asian English Olympics di Jakarta minggu lepas.