KUALA LUMPUR: Tiga peguam termasuk Datuk Mohd Zaid Ibrahim menyaman Badan Peguam Malaysia dan presidennya berhubung kenyataan memfitnah yang mendakwa mereka menyalah guna dan mencemarkan sistem keadilan semasa mengendalikan rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkaitan dana SRC International Sdn Bhd.
Peguam Lim Qi Si, yang mewakili ketiga-tiga plaintif berkata, ketika pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Nuur Fatimahtul Zuhra Khairuddin hari ini, mahkamah menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 13 Dis ini.
"Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan memfailkan pernyataan pembelaan mereka pada atau sebelum 7 Nov dan plaintif perlu menjawab pembelaan itu pada atau sebelum 28 Nov," kata peguam itu ketika dihubungi.
Dalam pernyataan tuntutan, ketiga-tiga plaintif mendakwa pada 19 Ogos lepas, defendan kedua (Cheah) telah secara salah dan berniat jahat menerbitkan kenyataan akhbar bertajuk "Abuse of Process Brings Disrepute to Our Justice System" pada laman web rasmi defendan pertama dan kenyataan itu turut diterbitkan oleh The Edge Markets, Malay Mail dan The Star.
Mereka mendakwa, kenyataan akhbar itu antara lain membawa maksud mereka telah menyalahgunakan proses mahkamah dan melakukan salah laku profesional dengan menerima kes daripada Najib serta perlu menghadapi prosiding tatatertib kerana menjatuhkan maruah profesion guaman.
Ketiga-tiga peguam itu mendakwa, defendan gagal atau enggan menghubungi mereka untuk mengesahkan fakta-fakta sebelum mengeluarkan kenyataan akhbar selain tidak memberi peluang kepada plaintif untuk menyatakan pendirian daripada pihak mereka dan versi cerita mereka.
Dakwa kesemua plaintif, aduan salah laku terhadap mereka bagi pengendalian dalam kes rayuan Najib sepatutnya dibuat dan dirujuk terlebih dahulu kepada Lembaga Tatatertib di bawah Seksyen 99 (1) Akta Profesion Undang-undang, namun, kedua-dua defendan melanggar kewajipan berkanun mereka dengan mengeluarkan kenyataan akhbar itu.
Menurut plaintif, Seksyen 99 (1) akta itu memberikan kuasa eksklusif kepada Lembaga Tatatertib untuk menangani apa-apa perkara berkaitan dengan tingkah laku peguam bela dan peguam cara kerana ia secara nyata memperuntukkan bahawa apa-apa aduan sedemikian haruslah terlebih dahulu dibuat dan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib.
Plaintif mendakwa, penerbitan kenyataan akhbar itu menyebabkan reputasi mereka tercemar selain menegaskan bahawa tindakan defendan melanggar kewajipan berkanun telah memprejudis plaintif.
Oleh itu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah dan kos selain memohon satu injunksi bagi menghalang defendan pertama dan kedua atau ejen mereka daripada menerbitkan perkataan-perkataan serupa yang bersifat fitnah terhadap plaintif-plaintif.
Bagaimanapun, pada 19 Ogos, Najib telah menamatkan perkhidmatan ZIST sebagai peguam caranya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 01 2022

Zaid Ibrahim dan dua peguam lain menyaman Badan Peguam Malaysia dan presidennya berhubung kenyataan memfitnah yang mendakwa mereka menyalah guna dan mencemarkan sistem keadilan semasa mengendalikan rayuan akhir Najib Razak. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Amang seksual dipenjara 24 tahun? Lebih serius daripada rogol rupanya - Zaid Ibrahim
Beliau mendakwa hukuman sedemikian wajar diteliti semula apabila ia dilihat lebih berat berbanding kesalahan merogol.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.

Sudah tiba masa Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim
Kekalahan di PRK KKB jadi pengajaran buat PN agar menukar pemimpin mereka yang sudah sangat tua, bukan hanya dari segi umur tetapi juga idea.

Tiga peguam termasuk Zaid Ibrahim saman Badan Peguam Malaysia, Presiden kerana memfitnah
Badan Peguam Malaysia dan Presidennya didakwa memfitnah Zaid dan dua peguam lain menyalah guna dan mencemarkan sistem keadilan.

ZIST tuntut permohonan maaf
Mereka juga akan memulakan tindakan undang-undang sekiranya penarikan balik dan permohonan maaf tidak dibuat selewat-lewatnya pada 2 Sept ini.

PRU15: Andai tewas, UMNO jadi tempat perkuburan
Zaid mengingatkan supaya pemimpin dan ahli UMNO agar bekerja lebih kuat untuk memastikan kemenangan pada PRU15 menjadi milik BN.

Rayuan SRC: ZIST melakukan yang terbaik - Zaid Ibrahim
Zaid berkata, firma itu telah menerima keputusan bekas perdana menteri itu dengan hati terbuka untuk memberhentikan khidmat firma guamannya.

Rayuan kes SRC: Firma guaman nafi tarik diri wakili Najib
Firma guaman yang baharu dilantik untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd menafikan dakwaan bahawa ia akan menarik diri.

Rayuan SRC International: Najib lantik Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam baharu
Peguam Hisyam Teh Poh Teik akan menjadi peguam utama dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan didengar bermula 15 Ogos depan.