RANTAU PANJANG: Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang dipercayai cuba pulang ke negara asal melalui Thailand ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan dalam satu rondaan yang dijalankan, awal pagi Jumaat.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, tiga lelaki yang masing-masing berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun itu ditahan sedang menyorok di dalam semak pada jam 2.06 pagi.
"Semasa membuat rondaan di Kampung Lubok Gong, pihak kami menemui mereka dalam keadaan mencurigakan berhampiran semak di kawasan itu.
"Pemeriksaan awal menemui beberapa dokumen seperti tiket bas dan sebagainya namun mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan tidak mempunyai surat perjalanan yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Mereka yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 17 2021
Tiga PATI warga Myanmar yang ditahan semasa rondaan di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, awal pagi Jumaat. -Sinar Harian
'Saya dalang utama jatuhkan Tun Mahathir' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan dirinya adalah dalang utama menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Rusia larang penerbangan malam ke Israel selama seminggu
Sebab larangan ini tidak diberikan, walaupun ada kaitan yang jelas dengan serangan udara yang ditakuti oleh Iran ke atas Israel.
Tiada penjualan kilang FELCRA Berhad - Ketua Pegawai Eksekutif
FELCRA Berhad mengesahkan tiada sebarang penjualan terhadap kilang pemprosesan buah kelapa sawit milik syarikat itu seperti didakwa.
Semua kementerian kumpul data prestasi Ekonomi MADANI - Fahmi
Semua kementerian akan mengumpulkan data prestasi atau pencapaian selari kerangka Ekonomi MADANI yang dilancarkan Julai tahun lepas.
Maklumat tidak tepat punca rusuhan di UK?
Pelajar Sarjana University of Brighthon, Dr Mohd Khairul Ikhwan berkongsi pandangan mengenai situasi semasa protes di United Kingdom (UK). Media sosial terus dipersalahkan kerana didakwa menjadi medium menyalurkan maklumat tidak benar.
Remaja menyamar pegawai perubatan dirujuk untuk pemeriksaan psikiatri
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati tindakan remaja terbabit akibat fikiran terganggu.
Suspek serangan surau di Kelana Jaya sudah dikenal pasti
Polis sudah mengenal pasti suspek yang melakukan serangan di Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah berhampiran sebuah sekolah agama rakyat di Jalan SS 5A/10 Kelana Jaya, di sini, pada Jumaat sehingga mencederakan dua wanita.
[TERKINI] Kebakaran: Polis klasifikasikan mangsa maut akibat dibunuh
Kematian pasangan warga emas dan cucu mereka dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh pada Jumaat diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Menteri, ahli politik rejim Zionis pertahan tentera didakwa rogol tahanan Palestin
Al Jazeera melaporkan video kejadian telah disahkan oleh pihaknya.
Polis lepaskan tembakan selepas dirempuh, empat lelaki ditahan di Balakong
Polis melepaskan lima das tembakan ke arah dua kenderaan yang merempuh kenderaan polis serta nyaris mencederakan anggota dalam kejadian di Balakong.
Myanmar lanjut tempoh darurat enam bulan lagi
Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar (NDSC) pada Rabu memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat selama enam bulan lagi.
Malaysia gesa Myanmar hormati Konsensus Lima Perkara, pulihkan keadaan dalam negara
Malaysia menggesa Myanmar untuk terus serius dalam usaha menangani masalah dalam negara itu, yang kini sudah menjadi isu dalam rantau ASEAN.
Pelaksanaan Konsensus Lima Perkara di Myanmar antara fokus utama AMM - Mohamad
Isu di Myanmar menjadi subjek perbincangan utama dalam Informal Consultation (current, previous dan incoming chairs of ASEAN) yang melibatkan tiga negara termasuk Indonesia, Laos dan Malaysia.
Jepun gesa Myanmar bebaskan rakyatnya yang ditangkap jual beras pada harga tinggi
Tokyo pada Selasa menggesa Myanmar agar segera membebaskan seorang warga Jepun yang ditahan kerana didakwa melanggar peraturan penjualan beras.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga lelaki Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan
APMM Selangor menahan tiga lelaki warga Myanmar yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas B1 tanpa kebenaran di perairan Tanjong Karang.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.