KUALA LUMPUR: Tiga negeri merekodkan median upah bulanan mengatasi kadar nasional iaitu RM2,600 pada suku tahun ketiga 2023, menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Beliau berkata, Kuala Lumpur mencatatkan median upah bulanan tertinggi iaitu RM3,800 diikuti Selangor sebanyak RM2,900 dan Pulau Pinang sebanyak RM2,645.
"Bagi Kelantan, Perlis dan Sabah menunjukkan median upah bulanan terendah dalam tempoh masa sama, masing-masing mencatatkan RM1,600, RM1,627 dan RM1,800," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata demikian berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) bagi Suku Tahun Ketiga 2023, dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Rabu.
Beliau berkata, secara keseluruhan bilangan pekerja tempatan di sektor formal meningkat sebanyak 1.3 peratus kepada 6.68 juta pada September 2023 berbanding bulan sama tahun sebelumnya.
Menurut Mohd Uzir, daripada jumlah itu, sebanyak 55.4 peratus atau 3.7 juta adalah lelaki, manakala 44.6 peratus atau 2.98 juta adalah wanita.
Dari segi median upah bulanan, beliau berkata, pekerja formal lelaki menunjukkan peningkatan sebanyak 5.8 peratus kepada RM2,645, dan pekerja formal perempuan menerima sebanyak RM2,518 dengan pertumbuhan positif merentasi semua sektor pada suku tahun ketiga 2023.
"Secara khusus, sektor perlombongan dan pengkuarian merekodkan median upah bulanan tertinggi iaitu RM5,200 pada September 2023. Sektor ini turut merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun tertinggi pada September 2023 dengan 16.5 peratus.
"Sektor pertanian yang meliputi 1.9 peratus daripada keseluruhan pekerja formal, mencatatkan median upah bulanan terendah iaitu RM1,982, meningkat 6.3 peratus tahun ke tahun pada September 2023." katanya.
Mohd Uzir berkata dari segi taburan upah, sebanyak 34.6 peratus pekerja formal di Malaysia memperoleh upah bawah RM2,000.
"Peratusan ini menandakan penurunan daripada 38.1 peratus dicatatkan pada tahun sebelumnya. Pada masa sama, hampir 7.5 peratus pekerja formal memperoleh upah bulanan RM10,000 dan ke atas pada September 2023," katanya.
Berdasarkan kumpulan umur pula, Mohd Uzir berkata, pekerja formal berusia 25 hingga 29 tahun merangkumi satu per lima daripada keseluruhan pekerja formal pada September 2023 iaitu 19.9 peratus atau 1.33 juta orang.
"Bagi kumpulan umur 65 tahun dan ke atas pula mencatatkan bilangan pekerja formal terendah dengan 0.1 juta orang atau 1.5 peratus. Kumpulan umur 45 hingga 49 tahun menerima median upah bulanan tertinggi pada September 2023 iaitu RM3,500. Kumpulan umur ini mengekalkan median upah bulanan tertinggi pada Julai 2023 (RM3,482) dan Ogos 2023 (RM3,500).
"Bagaimanapun, kumpulan umur di bawah 20 tahun menerima median upah bulanan terendah sebanyak RM1,500 pada September 2023, kekal tidak berubah bagi tiga bulan berturut-turut sepanjang suku tahun ketiga 2023," katanya.
Data siri masa dan maklumat lanjut berkaitan pasaran buruh boleh diperoleh menerusi portal Malaysia Labour Market Interactive Data (MyLMID). Untuk maklumat lanjut, sila layari https://mbls.dosm.gov.my/mylmid/. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Mohd Uzir berkata, Kuala Lumpur mencatatkan median upah bulanan tertinggi iaitu RM3,800 diikuti Selangor sebanyak RM2,900 dan Pulau Pinang sebanyak RM2,645. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Tiga negeri atasi median upah bulanan nasional - DOSM
Kuala Lumpur mencatatkan median upah bulanan tertinggi iaitu RM3,800 diikuti Selangor sebanyak RM2,900 dan Pulau Pinang sebanyak RM2,645.