Dua lelaki dan seorang wanita maut dalam kejadian bot pelancong karam di perairan dekat Pulau Mengalum, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din malam ini.
Mereka adalah antara 25 orang yang dijumpai selepas kejadian bot pelancong jenis Catamaran, yang membawa tiga kru dan 28 pelancong China, karam dalam perjalanan dari Jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum semalam.
"Kira-kira 3.30 petang tadi, kami menerima maklumat bahawa dua mangsa telah ditemui di perairan dekat Samarang.
"Kira-kira 6 petang pula, kami mendapat satu lagi maklumat mengatakan 23 mangsa ditemui dekat Samarang tetapi tiga daripadanya mati manakala enam lagi masih dicari," katanya pada sidang berita di sini.
Beliau berkata identiti mangsa belum dapat dikenal pasti berikutan masalah perhubungan dengan bot nelayan yang menjumpai mangsa itu.
Ramli berkata tiga mayat itu serta 20 lagi mangsa yang selamat dijangka tiba di Kota Kinabalu awal pagi esok dengan diiringi Pasukan Polis Marin.
Beliau berkata dua mangsa yang ditemui selamat sebelum ini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu petang tadi untuk diambil keterangan.
Mangsa itu dikenali sebagai Aman Abdul, 38 dan Sharezaa Salian Sali, 25, kedua-dua lelaki tempatan.
Menurutnya kejadian itu berlaku kira-kira 10 pagi, sejam selepas bot itu bertolak dari Jeti Tanjung Aru, berikutan cuaca buruk dan laut bergelora.
Polis sedang menyiasat jika terdapat faktor kecuaian dalam kejadian itu.
Terdahulu, pada sidang media di Lapangan Terbang Sandakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan enam lagi mangsa.
Katanya, operasi itu membabitkan aset kapal dan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin serta dua pesawat udara C130 TUDM dan AW139 APMM.
Pada sidang media sama, Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata lokasi penemuan mangsa di perairan Semarang terletak kira-kira 70 batu nautika dari Pulau Mengalum.
Beliau berkata faktor penting membawa kepada penemuan mangsa bot karam itu adalah mereka menggunakan jaket keselamatan dan berada dalam kumpulan.
Ahmad Puzi berterima kasih kepada bot nelayan dan bot tunda yang membantu menyelamatkan mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2017

RAMLI: Dua lelaki dan seorang wanita maut dalam kejadian bot pelancong karam di perairan dekat Pulau Mengalum. - fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.