Tiga mangsa nahas bas ekspres di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Pagoh, dekat sini pada Sabtu lepas, masih menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, manakala dua orang lagi dibenarkan pulang hari ini.
Pengarah HPSF Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata ketiga-tiga mereka ialah R.Kesavan, R. Govindara dan Miyarseh Kemat, iaitu isteri pemandu bas, Zakeer Zubir, yang maut dalam nahas yang turut mengorbankan 13 orang lagi, termasuk anak bongsu mereka.
"Keadaan semua mangsa kini semakin pulih dan kita jangka mereka akan dibenarkan pulang dalam masa seminggu lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada 50 orang kanak-kanak pesakit dan bekas pesakit HPSF yang kurang berkemampuan menerusi program kembali ke sekolah anjuran Jabatan Kerja Sosial HPSF, di sini hari ini.
Dr Selahuddeen berkata pihaknya sentiasa peka dengan kebajikan pesakit dan memberi keutamaan terlebih dahulu kepada mereka selain membantu menguruskan permintaan pesakit atau keluarga yang ingin berpindah ke hospital lain.
Beliau menolak dakwaan keluarga pemandu bas ekspres terbabit bahawa pihak hospital tidak memberi kerjasama tentang keadaan Miyarseh.
"Pihak hospital mempunyai dasar tidak boleh mendedahkan keadaan pesakit kepada orang luar menerusi panggilan telefon.
"Sukar untuk kita mengesan identiti pemanggil dan mengesahkannya sebagai keluarga terdekat mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2016

Tiga mangsa nahas bas ekspres di Pagoh, pada Sabtu lepas, masih menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). - Gambar Poh Kok Keng
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.

Op Tahun Baru Cina 2025: 17 bas ekspres tidak dibenarkan bawa penumpang
Setakat 23 Jan, 24 kes dikenal pasti tidak mencapai standard keselamatan ditetapkan membabitkan bas ekspres daripada sembilan syarikat.

Syarikat bas ekspres wajib sedia pemandu kedua, patuhi undang-undang - Hasbi
JPJ diingatkan supaya memastikan pemandu bas berwaspada setiap masa dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan risiko kemalangan.

Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.

Soket elektrik di bas ekspres tiada piawaian tersendiri - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi menetapkan piawaian untuk soket tersebut.

Renjatan elektrik dalam bas: Menteri beri tempoh 2 minggu sediakan laporan lengkap
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebarang tindakan hanya akan diputuskan selepas laporan lengkap dikemukakan.

Tak sangka gurauan 'nak berjalan jauh' jadi kenangan terakhir arwah - Nenek
Jenazah Mohamad Nur Asymawi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puyu selepas Asar semalam.

Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres
Mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, maut di tempat kejadian dengan kecederaan pada jari tangan sebelah kiri.

Lelaki maut, kemalangan kereta dan bas ekspres
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau.

17 bas ekspres dan persiaran disaman kerana tiada pemandu kedua
Menurut JPJ Pulau Pinang, operasi khas yang menyasarkan bas ekspres dan bas persiaran itu berlangsung empat jam bermula tengah malam tadi.