JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan di Jalan Dato Abdullah Tahir, di sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua yang berusia antara 23 hingga 26 tahun itu ditahan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di lokasi kejadian pada pukul 5.15 pagi, selepas polis menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kejadian itu.
Beliau berkata berdasarkan laporan polis oleh mangsa pada 6.31 pagi hari sama, mangsa yang merupakan pengusaha restoran dan rakan sekerjanya mendakwa mereka dipukul sekumpulan lelaki menggunakan kayu besbol dan sebatang kayu.
"Mangsa yang berusia 44 tahun mengalami luka dan calar di beberapa bahagian badan manakala rakan sekerjanya berusia 29 tahun sakit di bahagian perut dan kepala," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Kamarul Zaman, selain penahanan itu, pihaknya sedang giat mengesan tujuh lagi lelaki dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu, yang berjaya melarikan diri semasa kejadian dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Gen2 dan Toyota Vios.
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki yang ditahan kini direman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182 323 atau pegawai penyiasat Inspektor Jacky Jaulis di 014-6566 820," katanya.
Terdahulu, video berdurasi dua minit lima saat yang memaparkan kejadian sekumpulan lelaki merusuh dipercayai di Jalan Dato Abdullah Tahir, di sini, tular menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023
Kesemua yang berusia antara 23 hingga 26 tahun itu ditahan unit MPV IPD Johor Bahru Selatan di lokasi kejadian pada pukul 5.15 pagi. - Gambar fail/ Bernama
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Larangan penggunaan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun langkah positif - Pakar
Terdapat keperluan mengkaji kelemahan dalam sistem sedia ada serta mencari jalan untuk tingkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap isu ini.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Tujuh lelaki tular bergaduh di kasino sudah ditahan, dituduh di mahkamah
Polis mengesahkan enam lelaki tempatan dan seorang warga asing yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands telah ditahan serta dituduh di mahkamah.
Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna
Penguatkuasaan kerangka pelesenan terhadap penyedia platform media sosial tidak akan menjejaskan pengguna perkhidmatan tersebut, menurut Kementerian Komunikasi.
Tular hina Islam: Polis kenal pasti identiti suspek
Pihak polis akan rakam keterangan suspek dalam masa terdekat memandangkan lelaki itu sedang dapatkan rawatan kesihatan mental di sebuah hospital.
Mendepani cabaran media sosial terhadap kanak-kanak
Kebimbangan kanak-kanak menjadi mangsa pelbagai bentuk eksploitasi kian mendapat perhatian.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Koleksi Muzium Arkeologi Lambah Bujang tinggalan penting yang perlu dihayati
Pelbagai koleksi arkeologi unik dari kurun ketiga hingga ke-12 Masihi dipamerkan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok di sini yang merupakan tinggalan sejarah penting untuk dihayati dan difahami.
Pengusaha perigi terapi dinasihatkan henti sementara operasi - Pegawai Daerah Rembau
Pejabat Tanah dan Daerah Rembau menasihati pengusaha perigi terapi ion di Ulu Sepri agar menghentikan sementara operasi sehingga siasatan Kementerian Kesihatan (KKM) selesai dijalankan.
JKNNS siasat dakwaan air perigi mampu ubati pelbagai penyakit
Pejabat Kesihatan Daerah Rembau sedang melaksanakan pemeriksaan menyeluruh isu ini yang telah mendapat perhatian meluas dalam media sosial.