SHAH ALAM: Polis menahan tiga rakan subahat disyaki terlibat dalam kes letupan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Setia Alam dekat sini pada 23 Feb lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata tangkapan ketiga-tiga suspek dibuat pada 28 Feb di tiga lokasi berasingan di sekitar Kuang dan Meru dan kini direman selama tujuh hari bermula semalam.
Beliau berkata ketika kejadian tersebut, ketiga-tiga suspek telah meletupkan dua buah mesin ATM dan berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM267,150 daripada satu daripada mesin berkenaan.
Katanya, susulan penahanan kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 43 tahun itu, polis juga berjaya menyelesaikan dua lagi kes letupan ATM milik bank yang sama berlaku di Meru pada Dis 2020 dan Februari tahun lepas.
"Seorang daripada suspek berusia 43 tahun yang disyaki dalang kejadian itu ditahan di bengkel tempatnya bekerja selain polis turut merampas sebuah tong gas mempunyai tompokan hijau dipercayai digunakan untuk meletupkan mesin ATM," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hussein berkata dua suspek lagi berusia 30 dan 33 tahun pula ditahan di rumah masing-masing ketika sedang mencuci duit hasil rompakan tersebut menggunakan cecair peluntur.
Menurut beliau, semakan polis mendapati ketiga-tiga lelaki tempatan itu mempunyai rekod jenayah lampau serta dadah dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 436/379 Kanun Keseksaan.
Mengenai kes penemuan satu mayat yang tidak cukup sifat dalam sebuah beg hitam ditemukan oleh orang awam di kilometer 447 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur Rawang Selatan pada pertengahan bulan lepas katanya, polis telah menahan 15 warga asing untuk siasatan.
Kesemua mereka terdiri daripada warga Nepal (12 lelaki dan seorang wanita), Indonesia (seorang lelaki dan seorang wanita) serta seorang lelaki warga Filipina berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun.
Hussien berkata, hasil siasatan tersebut polis akan mendakwa tiga lelaki Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk seorang yang masih bebas dalam masa terdekat.
Katanya, punca pembunuhan mangsa warganegara Nepal berusia 48 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dipercayai kerana mangsa sering membuli suspek di tempat kerja.
"Hasil siasatan mendapati pembunuhan tersebut dilakukan di stor sebuah pangsapuri tempat mereka bekerja di Sungai Buloh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
Hussein (dua, kiri) menunjukkan antara barang bukti yang dirampas daripada suspek letupan mesin ATM pada 23 Feb lepas. -Foto Sinar Harian
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Tiga lelaki disyaki terlibat kes letupan mesin ATM di Setia Alam ditahan
Tangkapan ketiga-tiga suspek dibuat pada 28 Feb di tiga lokasi berasingan di sekitar Kuang dan Meru dan kini direman selama tujuh hari bermula semalam.