Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Johor Bahru, Johor atas 899 pertuduhan mengubah wang haram melibatkan nilai kira-kira RM 1.7 billion ringgit sejak tahun 2012 hingga 2016.
Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di dua mahkamah berasingan di hadapan hakim Kamarudin Kamisun dan hakim Mohammad Khalid Ab Karim.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melupuskan, memiliki, menerima dan memindahkan wang tersebut membabitkan nilai dan bank berbeza.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di sekitar Johor Bahru.
Tertuduh, Muhammad Razik Mohamed Riyaludin, 36 tahun berdepan 352 pertuduhan, Mohamed Thamimul Ansari, 41 tahun, 351 pertuduhan dan Ramli Mohd Hassan, 59 tahun, 156 pertuduhan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613), sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda RM 5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Husmarudin Husin manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Mahendran Mahason.
Muhammad Razik dan Mohamed Thamimul diikat jamin masing-masing empat juta ringgit dengan dua penjamin manakala Ramli diikat jamin 2.8 juta ringgit, juga dengan dua penjamin.
Mahkamah turut mengarahkan kesemua tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa dan menetapkan 8 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Shahrul Hassan
Wed Mar 29 2017
Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas 899 pertuduhan melakukan pengubahan wang haram kira-kira RM1.7 bilion sejak 2012. - Foto Bernama
Hezbollah perlu ‘bayar harga setimpal’ atas kematian 12 kanak-kanak di padang bola - Israel
Israel menyalahkan Hezbollah atas serangan roket di Bukit Golan yang mengorbankan kanak-kanak berkenaan.
Turkiye mungkin masuki Israel untuk bantu rakyat Palestin - Erdogan
"Kita mesti kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal ini kepada Palestin."
Olimpik Paris 2024: Bintang judo Jepun, Abe menangis teresak-esak selepas tewas
Uta Abe tidak pernah kalah dalam pertandingan rasmi sejak 2019 dan dianggap sebagai calon utama untuk pingat emas di Paris.
Keracunan makanan di Sandakan: Kanak-kanak makan makanan dibeli bapa
Kanak-kanak tersebut mengalami gejala cirit-birit, demam dan hilang selera makan, serta mengalami sawan pada Rabu sebelum dibawa ke hospital.
Ketegangan di Bangladesh: Pelajar boleh sambung pengajian di Malaysia atau sebaliknya
Pihaknya telah mengarahkan supaya satu perbincangan lanjut dilaksanakan dari segi hala tuju pelajar-pelajar berkenaan selepas ini.
Olimpik Paris 2024: Pusat Media Utama kembali operasi seperti biasa
MPC yang terletak di Palais des Congres di Porte Maillot, beroperasi sepenuhnya dengan protokol keselamatan biasa.
Malaysia seru Pelan Tindakan ARF dikemas kini
Kementerian Luar Malaysia dalam hantaran Facebooknya berkata Mohamad membuat seruan sedemikian semasa ARF ke-31 pada 27 Julai di Vientiane, Laos.
Perak negeri tertinggi terima dana SejaTi MADANI
Perak merupakan negeri yang menerima geran tertinggi iaitu melibatkan 113 pemohonan dengan peruntukan RM10.1 juta.
Sekolah rintis Johor diyakini tingkat kualiti pendidikan - MB
Guru-guru yang terlibat akan dipersiap dengan kurikulum dan ilmu yang diperlukan sebelum program bermula pada Februari 2025.
Pahang peruntuk lebih RM3 juta untuk program pembangunan belia
Peruntukan itu disalurkan melalui Jabatan Belia dan Sukan Pahang, Majlis Belia Pahang serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri.
Malaysia seru Pelan Tindakan ARF dikemas kini
Kementerian Luar Malaysia dalam hantaran Facebooknya berkata Mohamad membuat seruan sedemikian semasa ARF ke-31 pada 27 Julai di Vientiane, Laos.
Olimpik Paris 2024: Zii Jia mulakan kempen dengan tundukkan Viren
Lee Zii Jia menundukkan pemain nombor 70 dunia Viren Nettasinghe dari Sri Lanka 21-14, 21-12 dalam perlawanan Kumpulan G.
Rusia, Malaysia hasrat tingkatkan jumlah dagangan dua hala
Rusia dan Malaysia berhasrat untuk meningkatkan jumlah dagangan dua hala dan membangunkan kerjasama pelaburan, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Ahad.
Malaysia terus perkukuh dialog, kerjasama dengan kepimpinan baharu UK
Malaysia menyatakan harapannya untuk terus memperkukuh dialog dan kerjasama dengan United Kingdom (UK) di bawah kepimpinan baharu negara itu.
Kim Pan-gon sah ke Ulsan Hyundai sebagai ketua jurulatih ke-12
KIM Pan-gon, yang terkenal dengan pengalaman luasnya sebagai jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak, kini akan menerajui Ulsan HD.
Malaysia sudah hantar surat permohonan sertai BRICS - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah menghantar surat permohonan untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS.
Malaysia sudah bersedia menjadi Pengerusi ASEAN 2025
Malaysia sudah bersedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN tahun hadapan.
Malaysia gesa Myanmar hormati Konsensus Lima Perkara, pulihkan keadaan dalam negara
Malaysia menggesa Myanmar untuk terus serius dalam usaha menangani masalah dalam negara itu, yang kini sudah menjadi isu dalam rantau ASEAN.
Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan
Sebanyak 78.4 peratus daripada responden Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu serangan siber pada tahun lepas dengan lebih 55 peratus menghadapi serangan setiap bulan atau mingguan.
Gangguan IT global: 14 agensi kerajaan, swasta di Malaysia terjejas - Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, lima agensi kerajaan dan sembilan agensi swasta terkesan namun jumlah kerugian akibat insiden tersebut belum diperolehi.