Bekalan ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain, boleh digunakan dalam rawatan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Beliau berkata bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir (ubat antiviral) akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan COVID-19.
"Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal 'Multicenter Adaptive Solidarity trial - COVID-19' yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan.
"NPRA akan menyediakan laluan 'expedited review' untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin manakala bagi ubat Favipiravir, KKM sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam tadi.
Dr Noor Hisham berkata dalam situasi pandemik COVID-19 ketika ini, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM.
KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan ubat-ubatan adalah terjamin demi kepentingan pesakit, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 28 2020
![Tiga jenis ubat boleh diguna rawat COVID-19 - KP Kesihatan Tiga jenis ubat boleh diguna rawat COVID-19 - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51585317745_DATUKDRNOORHISHAM.jpg)
Dr Noor Hisham berkata, bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan COVID-19. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Subsidi ubat di fasiliti KKM dikekalkan, bantu kurangkan beban pesakit - Lukanisman Subsidi ubat di fasiliti KKM dikekalkan, bantu kurangkan beban pesakit - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698811301_LukanismanAwangSau.jpg)
Subsidi ubat di fasiliti KKM dikekalkan, bantu kurangkan beban pesakit - Lukanisman
KKM menyediakan harga panduan pengguna untuk membantu rakyat mendapatkan maklumat harga ubat-ubatan menerusi www.pharmacy.gov.my bagi membuat perbandingan harga.
![Pos Malaysia sumbang RM793,000 bagi Tabung Amanah KKM menerusi inisiatif UMP Pos Malaysia sumbang RM793,000 bagi Tabung Amanah KKM menerusi inisiatif UMP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709909449_KEMENTERIANKESIHATA.jpg)
Pos Malaysia sumbang RM793,000 bagi Tabung Amanah KKM menerusi inisiatif UMP
PMB menyumbang RM793,000 kepada Tabung Amanah KKM hingga Disember lepas menerusi inisiatif perkhidmatan UMP yang diperkenalkan sejak 2011.
![Pembayaran tidak teratur, tiada semakan bekalan ubat di JPVM - LKAN Pembayaran tidak teratur, tiada semakan bekalan ubat di JPVM - LKAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660988028_Vitamins.jpg)
Pembayaran tidak teratur, tiada semakan bekalan ubat di JPVM - LKAN
LKAN bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Serta Pengauditan PematuhanJabatan/Agensi Negeri Melaka 2022 mendapati JPVNM telah menerima bekalan ubatanvaksin dan program peningkatan.
![Ahli farmasi Jerman keluar amaran mengenai kekurangan serius ubat-ubatan Ahli farmasi Jerman keluar amaran mengenai kekurangan serius ubat-ubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694749710_ubat.jpg)
Ahli farmasi Jerman keluar amaran mengenai kekurangan serius ubat-ubatan
Tahun lepas, terdapat kekurangan antibiotik yang teruk dan beberapa ubat untuk kanak-kanak, selepas gelombang jangkitan.
![Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670510051_DrZalihaMustafa.jpg)
Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.
![Bekalan ubat di klinik, hospital di Johor mencukupi Bekalan ubat di klinik, hospital di Johor mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661596138_TBlingtiansoon.jpg)
Bekalan ubat di klinik, hospital di Johor mencukupi
Bekalan ubat di hospital dan klinik kerajaan di Johor masih mencukupi bagi menampung keperluan pesakit pada ketika ini.
![KKM lepaskan stok penimbal tangani kekurangan bekalan ubat di fasiliti swasta - Khairy KKM lepaskan stok penimbal tangani kekurangan bekalan ubat di fasiliti swasta - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657269249_KhairyJamaluddin.jpg)
KKM lepaskan stok penimbal tangani kekurangan bekalan ubat di fasiliti swasta - Khairy
Ini memandangkan bekalan ubat-ubatan semakin berkurangan, terutama bekalan ubat batuk dan selesema untuk kegunaan kanak-kanak.
![Bekalan ubat terkawal, rakyat dinasihat tidak panik - Dr Noor Azmi Bekalan ubat terkawal, rakyat dinasihat tidak panik - Dr Noor Azmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654180149_NoorAzmiGhazali.jpg)
Bekalan ubat terkawal, rakyat dinasihat tidak panik - Dr Noor Azmi
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik bagi ubat-ubatan kerana kekurangan yang berlaku tidak serius, malah hanya melibatkan jenama tertentu.
![Bekalan parasetamol berkurangan di Pahang Bekalan parasetamol berkurangan di Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645746655_Bekalanparasetamol.jpg)
Bekalan parasetamol berkurangan di Pahang
Ia dikatakan berpunca daripada peningkatan pembelian sebagai persediaan untuk mengurangkan kesan sampingan.
![COVID-19: Bekalan ubat di HRPB tidak terputus sepenuhnya COVID-19: Bekalan ubat di HRPB tidak terputus sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/81537515667_Hospita.jpg)
COVID-19: Bekalan ubat di HRPB tidak terputus sepenuhnya
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengatasi masalah gangguan bekalan itu.