Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran bagi penduduk daerah Lahad Datu, Tawau dan Kunak dalam tempoh terdekat.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata saringan secara besar-besaran itu dijangka melibatkan antara 15,000 dan 20,000 individu di kawasan itu.
"Kami (KKM) telah bersedia untuk menjalankan saringan besar-besaran di kawasan berkenaan dan telah mengenal pasti kampung yang akan menjalani ujian saringan berdasarkan lokaliti," katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di KKM di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata jika ada lokaliti yang mempunyai kes positif tinggi, KKM akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Beliau berkata kapasiti untuk melakukan saringan itu adalah 2,500 ujian sehari.
Dengan kemampuan ujian dan intervensi kesihatan awam, kementerian akan berusaha membendung wabak di daerah yang dijangkiti. Oleh itu beberapa hari akan datang adalah penting bagi proses pembendungan, kata Dr Noor Hisham.
Beliau berkata KKM telah mengenal pasti tiga premis untuk dijadikan pusat kuarantin berisiko rendah di Sabah iaitu Dewan Arena Belia Tawau, Kompleks Penjara Tawau dan Ibu Pejabat Daerah Lahad Datu.
Kata Dr Noor Hisham, pusat kuarantin berisiko rendah tersebut akan digunakan apabila jumlah pesakit melebihi kapasiti di hospital dan ia akan menempatkan pesakit positif COVID-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan.
Dalam perkembangan lain beliau turut mengesahkan bahawa virus yang menjangkiti kluster Tawar adalah jenis yang sama dengan kluster PUI Sivagangga iaitu mutasi jenis D614G.
Bagaimanapun sehingga kini hubung kait kedua-dua kluster masih tidak dapat dikenal pasti.
"KKM pun telah tamatkan pemantauan 28 hari bagi kluster PUI Sivagangga, tetapi kluster Tawar masih dipantau dengan rapi. Apa yang pasti virus yang menjangkiti kluster itu adalah virus yang sama dengan kluster Sivagangga.
"Untuk kluster Sungai, Kementerian Kesihatan masih jalankan isolasi dan kenal pasti virus tersebut dan ini mungkin memakan masa tetapi kita mengesyaki kluster Sungai juga besar kemungkinan melibatkan virus yang sama (dengan kluster Sivagangga)," kata Dr Noor Hisham.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 15 2020

Beberapa hari akan datang adalah penting bagi proses pembendungan, kata Dr Noor Hisham. -Gambar fail

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

COVID-19: China laksana proses disinfeksi besar-besaran
Proses disinfeksi secara besar-besaran dilakukan di bandar Zhengzhou yang terletak di wilayah China sebagai langkah membendung COVID-19.

Ujian calitan besar-besaran punca kenaikan kes COVID-19 di Perak
Peningkatan kes harian positif COVID-19 di Perak adalah disebabkan oleh ujian calitan yang dilakukan secara besar-besaran di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri ini.

PPPKAM sokong pandangan sanitasi besar-besaran adalah pembaziran sumber
PPPKAM saran semua pihak agar merujuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum sesuatu sanitasi besar-besaran dijalankan.

Sektor pembuatan Pulau Pinang bersedia untuk vaksinasi besar-besaran
Beberapa persatuan pembuatan telah membuat persiapan untuk melaksanakan program vaksinasi secara besar-besaran untuk pekerja industri.

Tiga daerah di Sabah jalani saringan COVID-19 secara besar-besaran
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran bagi penduduk daerah Lahad Datu, Tawau dan Kunak dalam tempoh terdekat.

Muktamar PAS terima usul himpunan besar-besaran menentang GST
Muktamar PAS hari ini meluluskan usul untuk mengadakan himpunan besar-besaran melibatkan semua parti-parti politik Pakatan Rakyat dan NGO bagi mendesak kerajaan menarik balik pelaksanaan GST.