Tiga lelaki cedera dan tujuh yang lain ditahan polis apabila dua kumpulan bergaduh dipercayai berebut kawasan untuk menjual besi buruk di Jalan Bukit Kapar, Klang, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian 8.30 pagi itu, tiga lelaki sedang minum di sebuah gerai todi haram di kawasan berkenaan sebelum diserang oleh sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam dan pistol.
Beliau berkata kumpulan lelaki itu datang ke kedai itu, menaiki motosikal dan kereta, menyerang ketiga-tiga mereka, berumur antara 29 dan 36 tahun, menyebabkan seorang daripada mangsa melecur pada bahagian kaki kanan akibat terkena tembakan dan dua lagi cedera pada pergelangan tangan kiri serta jari kanan selepas terkena senjata tajam.
"Siasatan awal mendapati dua das tembakan dilepaskan dalam kejadian itu manakala beberapa senjata tajam digunakan untuk menyerang mangsa," katanya kepada pemberita di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Susulan kejadian itu, Mohd Adnan berkata antara pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi hari yang sama polis menahan tujuh lelaki berumur antara 23 dan 26 tahun secara berasingan di kawasan Bukit Kapar dekat sini bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kesemua lelaki terbabit bagaimanapun dibebaskan selepas polis mengambil keterangan mereka.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan bergaduh, serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
"Kita telahpun mengenalpasti beberapa lagi individu yang boleh membantu siasatan kes ini dan gambar mereka akan diedarkan dalam satu sidang media esok," katanya.
Sementara itu, Mohd Adnan berkata polis menahan seorang lelaki, 51, yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat DSP dari Bukit Aman, setelah menawarkan rasuah RM200 petang semalam kepada seorang pegawai penyiasat.
Pegawai penyiasat berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya itu sedang mengendalikan kes samun dan rogol membabitkan dua suspek di Sungei Way, Petaling Jaya pada 23 Dis lepas.
Mohd Adnan berkata siasatan mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod di bawah Seksyen 107 Kanun Keseksaan kerana menipu dan menyamar serta kes itu kini dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Bernama
Wed Jan 02 2013
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh
Polis buka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar.
Sultan titah supaya pasukan, penyokong Selangor FC jaga tingkah laku
Pesanan itu disampaikan oleh baginda melalui sepucuk warkah kepada pengurusan Selangor FC pada 10 Okt lepas.
Peniaga sayur ditahan toreh leher lelaki kerana isu parkir
Seorang peniaga sayur rakyat tempatan ditahan selepas dipercayai menoreh leher seorang lelaki dalam insiden perselisihan faham di kawasan parkir Program Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong.
Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh
Tindakan telah diambil di mana seramai empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya
Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian berlaku akibat ketidakpuasan suspek kerana dihalang ketika menggunakan laluan kecemasan.
Dua suspek ditahan kes gaduh di kedai makan
Kedua-dua lelaki berusia 40 dan 38 tahun itu ditahan pada Ahad di dua lokasi berbeza.
Gaduh guna senjata, dua lelaki ditahan
ACP Mohd Iqbal berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial mengenai sekumpulan lelaki bergaduh.