Keseronokan tujuh sekeluarga untuk pergi berkelah bertukar tragedi apabila apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Jalan Bangkau-Bangkau, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, tiga kanak-kanak berusia di antara 7 dan 10 tahun, maut akibat kecederaan parah setelah tersepit di bawah trak pikap itu.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata berdasarkan siasatan awal, ketujuh-tujuh mangsa tersebut difahamkan dalam perjalanan menaiki trak pikap Isuzu D-Max menuju ke Pantai Terunggu Pitas untuk berkelah.
"Kejadian ini berlaku apabila mereka yang dari Kampung Pantai Kanibongan sedang dalam perjalanan ke Pantai Terunggu Pitas untuk berkelah.
"Sebaik tiba di Jalan Bangkau-Bangkau Pitas, kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas lalu terbalik di sebelah kanan jalan.
"Tiga kanak-kanak yang merupakan penumpang di belakang pacuan empat roda itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah akibat tersepit di bawah kenderaan berkenaan," katanya.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu yang menerima panggilan bergegas ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa.
Mohd Izaan berkata empat mangsa yang lain mengalami kecederaan ringan namun disahkan stabil selepas menerima rawatan di hospital terdekat.
Ruzaini Zulkepli
Mon Sep 17 2018

Keseronokan tujuh sekeluarga untuk pergi berkelah bertukar tragedi apabila apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Jalan Bangkau-Bangkau. -Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah
Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.

Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk
Kegembiraan empat sekeluarga berkelah di Pantai Batu Buruk di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri pagi tadi.

Perkelahan berakhir tragedi, dua pelajar UniKL lemas ketika beriadah
Perkelahan tujuh pelajar Universiti Kuala Lumpur di sini berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas ketika bermandi di situ, tengah hari Jumaat.

Ibu, bayi cedera dihempap pokok ketika berkelah
Seorang wanita bersama bayi lelakinya cedera selepas dihempap sebatang pokok ketika sedang berkelah.

Ibu, anak nyaris jadi mangsa kepala air
Kesemua mangsa dalam keadaan selamat dan operasi menyelamatkan mangsa sedang dilakukan pasukan penyelamat.

Tiga sekeluarga mati lemas ketika berkelah
Tiga sekeluarga termasuk pasangan adik-beradik ditemukan lemas selepas berkelah bersama ahli keluarga.

Seorang maut, rakan terselamat ketika mandi sungai
Mangsa lelaki berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala rakannya berusia 27 tahun sempat diselamatkan orang awam.

Kanak-kanak 6 tahun lemas ketika berkelah di Port Dickson
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas di Pantai Seaview, Tanjung Gemok di sini petang tadi.

Kanak-kanak lemas ketika berkelah bersama nenek, bapa saudara di Sungai Ulu Piah
Seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan tiga tahun lemas ketika berkelah bersama nenek, bapa saudara dan dua abangnya di Sungai Ulu Piah, dekat sini, hari ini.

Selepas 40 jam, mayat remaja lemas ditemui terapung di tepi sungai
Mayat mangsa dijumpai oleh penduduk kampung dan dibawa naik ke darat dengan bantuan pihak polis dan bomba.