LAWAS: Tiga kanak-kanak rentung dalam kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah di sini lewat malam Jumaat.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, kejadian berlaku di Kampung Seberang Kedai dan kesemua mangsa merupakan adik-beradik.
"Identiti mereka dikenal pasti sebagai Mohd Hesdi Huzaidi Azrie, 4 tahun, dan dua abangnya, Mohd Hezmi Huzaili, 7 tahun, dan Mohd Hezry Huzaimi, 8 tahun."
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.02 malam dan segera mengatur gerak sebuah jentera, ambulans EMRS dan tangki air bergerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, bersama kekuatan tujuh anggota.
"Tiba di lokasi yang berjarak 17 kilometer, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman jenis struktur separuh kekal dua tingkat.
"Api telah memusnahkan kediaman tersebut sepenuhnya," kata Tiong.
Anggota terlibat, jelasnya, telah bertindak membentangkan dua aliran hos dan satu aliran hos 200 kaki dengan mengambil sumber air sungai secara ‘relay pumping’ bagi melaksanakan pemadaman.
"Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 12.45 malam," katanya lagi.
Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk prosedur bedah siasat.
Tiong berkata, punca kebakaran dan taksir kerugian masih dalam siasatan pasukan forensik bomba.
Sementara itu, menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, ahli keluarga yang terselamat adalah bapa dan ibu kanak-kanak itu iaitu Azrie Latip, 45 tahun, dan Dayangku Hadianawati, 38 tahun, serta dua adik-beradik, Ariesya Aryana, 14 tahun, dan Muhd Hezrie, 12 tahun.
Turut terselamat ialah datuk mereka, Awangku Jeman Pengiran Abd Hamid, 72 tahun, dan nenek, Aminah Matusop, 73 tahun.
Rudi Affendi Khalik
Fri Feb 25 2022
Kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman jenis struktur separuh kekal dua tingkat. Foto JBPM Sarawak
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar: 51 pesakit dipindahkan
Pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden tersebut.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar
Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam ini.
Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Dewan Arena Square terbakar, dipercayai libatkan penggunaan bunga api tanpa kebenaran
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk permohonan reman.
Remaja perempuan warga China rentung dalam kebakaran di Miri
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Yuan Ruohan, ditemukan dalam rumah berkembar itu yang terbakar kira-kira 70 peratus.
Lapan maut, tiga cedera kilang minyak masak terbakar
Sekurang-kurangnya lapan maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran besar sebuah kilang minyak masak di Bekasi Jakarta Indonesia pada Jumaat.
11 motosikal musnah dalam kebakaran
Kebakaran kira-kira 6.50 pagi itu turut memusnahkan sebuah lori yang diparkir berhampiran garaj berkenaan.