MARAN: Sudah menjadi tradisi setiap kali menjelang bulan Ramadan, kuih tradisional 'tiga beradik' pasti menjadi rebutan.
Ini adalah kerana juadah istimewa terdiri daripada kuih pepena atau pena, badak kubang dan dodol kukus ini hanya terdapat di beberapa daerah sahaja khususnya di Maran dan Temerloh.
Pengusaha kuih tradisional dari Bukit Resak, Chenor dekat sini, Rogayah Chik atau lebih dikenali Mokyoh, 50, berkata, kuih tiga beradik hanya menggunakan bahan yang hampir sama dan mudah di dapati seperti tepung pulut, tepung pulut hitam, gandum, santan, gula, daun pandan dan daun pisang.
Suri rumah tersebut yang telah mengusahakan perniagaan kuih tradisional sejak 10 tahun lalu berkata, rutin hariannya bermula sekitar pukul 9 pagi bagi menghasilkan kira-kira 120 bekas kuih berkenaan.
"Untuk mengekalkan rasa kuih tradisional ini, saya menggunakan kelapa yang diparut sendiri. Kelapa pula tidak boleh terlalu tua serta tidak boleh menggunakan kelapa gugur.
"Ini bagi memastikan santan yang digunakan benar-benar segar supaya kuih berlemak, cantik serta tidak mudah basi," katanya kepada Astro AWANI.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, dia juga menggunakan daun pisang yang dilayur bagi membangkitkan aroma juadah serta mengekalkan citarasa kuih ‘jaman tori’ itu.
Rogayah yang turut dibantu anak sulungnya, Nurul Amirah Hashim, 34, menjelaskan, ketiga-tiga kuih itu dikukus dalam tempoh 15 minit sahaja dan selepas masak dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum ditutup untuk mengelak daripada berwap dan mudah basi.
Ujarnya, selepas selesai memasak sekitar pukul 3 petang, dia akan mengedarkan sebahagian kuih tradisional ini ke gerai di bazar berhampiran manakala sebahagian lagi akan diletakkan di gerai miliknya berdekatan Sekolah Kebangsaan Pesagi, Chenor.
“Kuih badak kubang berbentuk bulat dibuat menggunakan tepung pulut serta tepung pulut hitam, berintikan kelapa dan kuahnya pula campuran tepung gandum, santan dan garam yang menerbitkan rasa lemak-lemak masin.
“Kuih pena berbentuk bintang dibuat menggunakan bahan yang sama dengan badak kubang kecuali kuahnya menggunakan bancuhan tepung gandum, santan, telur, air pandan dan gula pasir.
“Manakala dodol kukus pula teksturnya lebih halus dan lembut serta diletakkan tahi minyak di bahagian permukaan dan menggunakan campuran tepung pulut, tepung pulut hitam, santan dan gula merah,” cerita usahawan itu lagi.
Rogayah berkata sejak mula serius dalam pembuatan kuih tradisional itu, kuih pena merupakan juadah yang paling mendapat sambutan.
Kuih pena itu, jelasnya, dihasilkan mengikut resipi asli air tangan ibunya, Allahyarhamah Dayang Tawang.
Ifti Femida
Thu Apr 07 2022
Rogayah Chik atau Mokyoh menunjukkan kuih tiga beradik yang dijual sepanjang bulan Ramadan di gerai miliknya berhampiran Sekolah Kebangsaan Pesagi, Chenor, Maran. - Gambar Astro AWANI
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
'Tiga beradik' juadah istimewa di bulan Ramadan
Kuih tiga beradik iaitu pena, badak kubang dan dodol kukus hanya terdapat di beberapa daerah sahaja di Pahang iaitu di Maran dan Temerloh.