Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menggesa pihak berkuasa supaya tidak hanya menumpukan usaha untuk mengekang penularan penyakit demam kepialu kepada pekerja asing di restoran sahaja.
Menurut Presidennya, Noorul Hassan Saul Hameed, pemantauan dan pemeriksaan perlu diperluaskan kepada pekerja asing di sektor pembinaan.
Noorul Hassan menjelaskan, jumlah pekerja asing yang bekerja di restoran-restoran di Malaysia hanya terdapat dua peratus berbanding di sektor-sektor lain khususnya pembinaan.
"Sektor restoran lebih terjamin dan lebih teratur dalam pemeriksaan kesihatan pekerja asing. Sebelum mereka bekerja di Malaysia, mereka perlu melalui pemeriksaan kesihatan di negara asal. Apabila tiba di Malaysia, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan FOMEMA (Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing).
"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Negeri tidak akan meluluskan lesen kedai makanan jika ada pekerja tidak menerima suntikan tifoid dan ketika ini jumlah pekerja asing di restoran-restoran di Malaysia hanya 2 peratus. Bagaimanapula dengan 98 peratus pekerja asing di sektor lain? Terutama di sektor pembinaan, perladangan dan kawalan keselamatan yang mempunyai ramai pekerja asing," tambah Noorul Hassan, ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Noorul memberi reaksi itu susulan kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengenai majikan sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menangani isu lebih 30 peratus pekerja warga asing di negara ini didapati tidak diberi vaksin untuk tifoid.
Menurut Subramaniam, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika majikan yang menggajikan pekerja warga asing tidak mengambil serius perkara itu.
INFOGRAFIK: Demam kepialu: Bagaimana tersebar, simptom dan cara mengelak daripada dijangkiti
Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Noorul Hassan berkata, beliau tidak menyalahkan kerajaan namun beliau berharap pemantauan kesihatan pekerja asing patut dilakukan secara menyeluruh, bukan di sektor makanan dan minuman sahaja.
"PRESMA tidak akan kompromi dalam isu kebersihan dan kesihatan. Kerajaan sewajarnya mengambil tindakan bagi mengawal wabak penyakit demam kepialu.
"Bagaimana dengan pendatang asing tanpa izin? Bagi pekerja asing yang datang secara sah, kita boleh mengawal pemeriksaan perubatannya.
"Kerajaan perlu serius dalam isu mengekang wabak penyakit demam kepialu dengan mengawasi semua sektor dalam negara ini yang mempunyai pekerja asing, bukan yang hanya bekerja di restoran," tambahnya lagi.
Pada masa sama, Noorul Hassan tidak menafikan terdapat segelintir majikan gagal untuk memastikan pekerja-pekerja asingnya diberikan suntikan tifoid.
"Mungkin ada majikan yang cuai kerana terlupa untuk memberikan suntikan tifoid kepada pekerja asing kerana suntikan tifoid perlu dilakukan setiap dua tahun. Itu cuai, namun ada juga majikan yang tidak buat langsung suntikan kepada pekerja asing," katanya.
Mariah Ahmad
Thu Oct 29 2015
![Tifoid: Kebersihan pekerja asing sektor pembinaan juga perlu dipersoalkan - PRESMA Tifoid: Kebersihan pekerja asing sektor pembinaan juga perlu dipersoalkan - PRESMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81446132730_950x600.jpg)
PRESMA mahu pihak berkuasa tidak hanya menumpukan usaha mengekang penularan penyakit demam kepialu kepada pekerja asing di restoran sahaja. - Gambar hiasan
Tindakan peniaga jagung hina kaum india keterlaluan - Gobind
Pemilik gerai yang didakwa menghina komuniti India baru-baru ini perlu diambil tindakan segera.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, tindakan perkauman bersifat diskriminasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk sama sekali tidak boleh diterima.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, tindakan perkauman bersifat diskriminasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk sama sekali tidak boleh diterima.
Wanita disyaki buang bayi di perhentian bas ditahan
Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di perhentian bas Jalan Perak, Pulau Tikus George Town, pada Ahad.
Tiada rombakan Kabinet negeri dilakukan - Abang Jo
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Ahad.
![PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702633_ShahrumHashim.jpg)
PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion
PGA Ulu Kinta berjaya menumpaskan kegiatan memproses e-waste secara haram dalam serbuan di sebuah kilang di Jalan Sungai Siput-Kuala Kangsar di sini semalam.
![KPDN, MOF kerjasama kenal pasti pebih banyak premis pelaksana SARA demi rakyat KPDN, MOF kerjasama kenal pasti pebih banyak premis pelaksana SARA demi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739702745_ArmizanMohdAli.jpg)
KPDN, MOF kerjasama kenal pasti pebih banyak premis pelaksana SARA demi rakyat
KPDN akan bekerjasama dengan MOF untuk mengenal pasti lebih banyak premis yang boleh dilibatkan dalam pelaksanaan SARA, khususnya di kawasan pedalaman serta luar bandar.
![Operasi pemadaman stor simpanan bahan kitar semula di Segamat masuk hari ketiga Operasi pemadaman stor simpanan bahan kitar semula di Segamat masuk hari ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739716047_Storewasteterbaka.jpg)
Operasi pemadaman stor simpanan bahan kitar semula di Segamat masuk hari ketiga
Kerja pemadaman kebakaran sebuah stor simpanan bahan kitar semula di Kampung Usaha Jaya, Labis, di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.
![Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2 Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739716124_PemotongRumputJum.jpg)
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Polis mengesahkan seorang pemotong rumput menemukan sebutir bom tangan di kawasan sekitar susur keluar Plaza Tol Bukit Besi di Lebuhraya Pantai Timur (LPT2), Dungun hari ini.
![Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624117297_AhmadAdnanBasri.jpg)
Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
10 Berita Pilihan - (16 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Demam kepialu: Sebuah sekolah di Kelantan diarah jalani saringan Demam kepialu: Sebuah sekolah di Kelantan diarah jalani saringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720071429_DATUKDRZAINIHUSSI.jpg)
Demam kepialu: Sebuah sekolah di Kelantan diarah jalani saringan
JKNK mengesahkan seramai 1,000 orang termasuk pelajar sebuah sekolah menengah di sini, menjalani ujian saringan tifoid atau demam kepialu.
![126 premis makanan diarah tutup dalam Ops Kepialu KL 126 premis makanan diarah tutup dalam Ops Kepialu KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41446717335_OpsKepialu.jpg)
126 premis makanan diarah tutup dalam Ops Kepialu KL
Sebanyak 126 premis makanan telah diarahkan tutup dalam Ops Kepialu KL 2015 yang dijalankan bermula 4 hingga 6 November atas faktor kebersihan.
![Tifoid: Kebersihan pekerja asing sektor pembinaan juga perlu dipersoalkan - PRESMA Tifoid: Kebersihan pekerja asing sektor pembinaan juga perlu dipersoalkan - PRESMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81446132730_950x600.jpg)
Tifoid: Kebersihan pekerja asing sektor pembinaan juga perlu dipersoalkan - PRESMA
PRESMA mahu pihak berkuasa tidak menumpukan usaha mengekang penularan penyakit demam kepialu kepada pekerja asing di restoran sahaja.
![55 kes demam kepialu di KL dan Selangor 55 kes demam kepialu di KL dan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41443195114_DatukDrNoorHisham.jpg)
55 kes demam kepialu di KL dan Selangor
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kes masih dalam rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
![Tifoid: 30 peratus warga asing di Malaysia tidak disuntik vaksin Tifoid: 30 peratus warga asing di Malaysia tidak disuntik vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442316855_SUBRAMANIAM.jpg)
Tifoid: 30 peratus warga asing di Malaysia tidak disuntik vaksin
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramaniam menggesa pihak majikan lebih bertanggungjawab dalam menangani hal tersebut.
![Jabatan kerajaan tempatan ambil langkah tangani kes demam kepialu Jabatan kerajaan tempatan ambil langkah tangani kes demam kepialu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435202974_PEOPLEEATING.jpg)
Jabatan kerajaan tempatan ambil langkah tangani kes demam kepialu
Antara tindakan yang perlu diambil adalah meningkatkan tahap kebersihan premis makanan dan memastikan semua pengendali makanan mempunyai sijil pengendali makanan dan mendapat suntikan anti tifoid.
![Pengusaha makanan diarah beri suntikan tifoid pada pekerja asing - Subramaniam Pengusaha makanan diarah beri suntikan tifoid pada pekerja asing - Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442316855_SUBRAMANIAM.jpg)
Pengusaha makanan diarah beri suntikan tifoid pada pekerja asing - Subramaniam
Pemeriksaan mendapati lebih 30 peratus majikan yang menggaji pekerja asing yang tidak menerima suntikan tifoid atau deman kepialu.
![Jangan dengar khabar angin, demam kepialu masih terkawal - Dr Subramaniam Jangan dengar khabar angin, demam kepialu masih terkawal - Dr Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41445511545_typhoid.jpg)
Jangan dengar khabar angin, demam kepialu masih terkawal - Dr Subramaniam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta orang ramai agar tidak khuatir dengan situasi demam kepialu di ibu negara, berdasarkan khabar angin yang tersebar ketika ini.
![Golongan pekerja lebih berisiko dijangkiti demam kepialu - Kementerian Golongan pekerja lebih berisiko dijangkiti demam kepialu - Kementerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61445338909_SakitPerut.jpg)
Golongan pekerja lebih berisiko dijangkiti demam kepialu - Kementerian
Orang ramai yang mempunyai gejala demam kepialu untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya simptom berlarutan beberapa hari.
![Demam kepialu: Bagaimana tersebar, simptom dan cara mengelak daripada dijangkiti Demam kepialu: Bagaimana tersebar, simptom dan cara mengelak daripada dijangkiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71445333548_DemamKepialu.jpg)
Demam kepialu: Bagaimana tersebar, simptom dan cara mengelak daripada dijangkiti
Ketahui tanda-tanda jangkitan demam kepialu, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda.