KOTA BHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata tiada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani golongan penghasut antivaksin.
Ini kerana katanya undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia boleh dikuatkuasakan ke atas golongan berkenaan.
"Semasa darurat berkuat kuasa ketika ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga telah mewujudkan satu ordinan darurat berkaitan anti fake news dan di bawah undang-undang ini kerajaan boleh ambil tindakan," katanya pada sidang media mengenai pemberian Saguhati Warga Parlimen Kota Bharu yang telah menerima suntikan vaksin, di sini hari ini.
Sementara itu, ditanya mengenai cadangan mengenakan kompaun terhadap individu yang gagal hadir pada tarikh janji temu pemberian vaksin COVID-19, Takiyuddin berkata beliau yakin perkara tersebut sedang diteliti oleh pihak berkenaan.
"Berkenaan kompaun terhadap mereka yang gagal hadir janji temu ini, ada jawatankuasa mengenai vaksin, itu saya tidak boleh komen tetapi terpulang kepada mereka (jawatankuasa)," katanya.
VAKSIN-TAKIYUDDIN 2 (AKHIR) KOTA BHARU
Khamis lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata cadangan mengenakan kompaun dan penalti terhadap individu tidak menghadiri janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) serta Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).
Menurut Dr Adham, langkah mengenakan penalti terbabit dan mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 itu bagaimanapun dilihat hanya boleh diambil selepas pendekatan sukarela atau usaha pendaftaran menerusi pelbagai saluran termasuk MySejahtera dan secara bersemuka, dilaksanakan sepenuhnya.
Mengulas perkembangan lain berhubung dakwaan penahanan seorang menteri di sekatan jalan raya di Perasing, di Terengganu, Takiyuddin berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengenai kes berkenaan.
"Kami di pihak parti (PAS) pun belum menerima laporan daripada pihak berkuasa. Kita serahkan kepada pihak polis.
"PAS sebagai parti yang akur kepada undang-undang, tidak kiralah siapa sahaja ahli atau pemimpin PAS dikatakan melakukan kesalahan, kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan," katanya yang juga Setiausaha Agung PAS.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 30 2021
![Tidak perlu undang-undang baharu tangani golongan antivaksin - Takiyuddin Tidak perlu undang-undang baharu tangani golongan antivaksin - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61622366770_TAKIYUDDINHASSAN.jpg)
Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika bertemu para pengamal media selepas majlis saguhati untuk warga Parlimen Kota Bharu yang telah menerima suntikan vaksin di Pusat khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Lelaki dakwa kematian ibu jadi modal antivaksin sebar dakyah palsu Lelaki dakwa kematian ibu jadi modal antivaksin sebar dakyah palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645410906_kematianibujadim.jpg)
Lelaki dakwa kematian ibu jadi modal antivaksin sebar dakyah palsu
Mohamad Faeez mendakwa golongan antivaksin memfitnah ibunya menggunakan kerusi roda selepas menerima suntikan vaksin.
![Rayuan visa ditolak, Djokovic berlepas dari Australia Rayuan visa ditolak, Djokovic berlepas dari Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642367866_NovakDjokovic.jpg)
Rayuan visa ditolak, Djokovic berlepas dari Australia
Pesawat yang membawa bintang tenis nombor satu dunia itu berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada Ahad 10.30 malam.
![COVID-19: Rusia tangguh kuat kuasa sekatan tidak popular COVID-19: Rusia tangguh kuat kuasa sekatan tidak popular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642206523_VirusOutbreakRussi.jpg)
COVID-19: Rusia tangguh kuat kuasa sekatan tidak popular
Keputusan itu dibuat walaupun berlaku wpeningkatan kes harian dan amaran yang dikeluarkan berhubung penularan varian Omicron.
![Kerana hormatkan suami, Ellie Suriaty akhirnya terima vaksin Kerana hormatkan suami, Ellie Suriaty akhirnya terima vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641961401_TBMASHUPOELLIEV.jpg)
Kerana hormatkan suami, Ellie Suriaty akhirnya terima vaksin
Pelakon Ellie Suriaty nafi dia seorang yang antivaksin, cuma persoal keberkesanan vaksin.
![Isu tular: Guru antivaksin diasingkan, tunggu siasatan lengkap Isu tular: Guru antivaksin diasingkan, tunggu siasatan lengkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632321454_MahHangSoon.jpg)
Isu tular: Guru antivaksin diasingkan, tunggu siasatan lengkap
Orang ramai diminta supaya tidak memperbesarkan perkara itu, dan perlu menunggu laporan hasil siasatan dijalankan.
![COVID-19: Jerman mula hadkan akses kepada golongan antivaksin COVID-19: Jerman mula hadkan akses kepada golongan antivaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637016211_Christmasmarket.jpg)
COVID-19: Jerman mula hadkan akses kepada golongan antivaksin
Parlimen Jerman dikatakan akan mengundi rang undang-undang baharu bagi sekatan COVID-19 yang dirangka oleh parti-parti yang dijangka membentuk kerajaan seterusnya di negara itu.
!['Kumpulan antivaksin, jangan guna haka kami!' - Amaran suku kaum Maori 'Kumpulan antivaksin, jangan guna haka kami!' - Amaran suku kaum Maori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636958971_Protesters.jpg)
'Kumpulan antivaksin, jangan guna haka kami!' - Amaran suku kaum Maori
Suku Ngati Toa menyelar penggunaan haka Ka Mate untuk mendesak dan mempromosi mesej antivaksin.
![COVID-19: Greece kenakan sekatan lebih ketat terhadap golongan antivaksin COVID-19: Greece kenakan sekatan lebih ketat terhadap golongan antivaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636242404_COVIDChecks.jpg)
COVID-19: Greece kenakan sekatan lebih ketat terhadap golongan antivaksin
Mereka yang enggan menerima vaksin diwajibkan untuk membuktikan keputusan ujian saringan negatif sebelum memasuki semua premis awam.
![Usaha mengatur pertemuan KKM dengan kumpulan antivaksin belum berhasil Usaha mengatur pertemuan KKM dengan kumpulan antivaksin belum berhasil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634201997_NoorAzmiGhazali.jpg)
Usaha mengatur pertemuan KKM dengan kumpulan antivaksin belum berhasil
Cadangan untuk mengadakan perjumpaan tersebut adalah bagi memberikan penerangan berkaitan kepentingan pengambilan vaksin.
![Kakitangan MBPP, MBSP enggan divaksin berdepan ditamatkan perkhidmatan Kakitangan MBPP, MBSP enggan divaksin berdepan ditamatkan perkhidmatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634921633_TBVaksin.jpg)
Kakitangan MBPP, MBSP enggan divaksin berdepan ditamatkan perkhidmatan
Kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan dikenakan tindakan tatatertib.