KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan tidak memerlukan peruntukan sebanyak RM8 bilion untuk menyelesaikan masalah air di negeri ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata sebaliknya Kelantan hanya memerlukan sebuah lagi Loji Rawatan Air (LRA) membabitkan kos RM1.5 bilion.
"Pengeluaran air terawat oleh LRA sedia ada adalah sekitar 500 juta liter sehari. Permintaan harian air terawat di Kelantan adalah 600 juta liter sehari.
Dengan satu tambahan baharu LRA yang insya-Allah akan diluluskan pengeluaran air akan menjadi sekitar 700 juta liter sehari," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah MADANI Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh di Kampung Parit Limbat, di sini hari ini.
Ketika diminta memperincikan permohonan RM8 bilion itu, Rafizi berkata kerajaan negeri bercadang untuk membina lima LRA untuk menyelesaikan masalah air.
"Dalam mesyuarat kami dah tegur, kami tak nampak keperluan RM8 bilion ini kerana LRA sedia ada mampu keluarkan 500 juta liter air terawat sehari, kami sedia pertimbangkan satu lagi LRA dengan peruntukan RM1.5 bilion yang akan membawa kepada pengeluaran air terawat sebanyak 700 juta liter sehari," katanya.
Namun begitu, Rafizi berkata peruntukan RM1.5 bilion untuk membina sebuah LRA baharu masih diperhalusi.
"Sekiranya diluluskan, RM1.5 bilion adalah tambahan kepada RM500 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan RM1 bilion oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyampaikan ucapan pada Program Jelajah MADANI di Bilik Gerakan Utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Anwar puji MB Kelantan berunding selesaikan isu mendesak
Perdana Menteri berkata, rundingan tersebut termasuk melibatkan isu-isu mendesak seperti banjir dan tebatan banjir.

Masalah air Kelantan: Pas perlu guna kelebihan jadi kerajaan, rakyat sudah muak
Satu penyelesaian antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dicapai bagi memastikan situasi menang-menang.